Trip ke Jepun – Ueno (2nd Last)

“Live today, get over yesterday”

Hari Kelima – 26 Dis 2015 (last tapi tak habis lagi …. hahahaha)

Pukul 11.00 pagi kami check out dari hotel. Sobs!sobs! rindunya toilet suam-suam tu … hehehehe …

Kemudian, kami letak beg di ruangan yang disediakan. Takkan nak usung ke hulu ke hilir pulakkan. Korang bagitau jer pukul berapa nak ambil beg tu nanti pihak hotel akan catit. 

Dua jer beg i tau … tapi berat nak mampppp….Pengiraan beg … takut ada yang cicir pulak nanti …

Semua beg simpan kat sini. Jangan risau, orang Jepun jujur orangnya.

Kemudian kami berpecah. Ada yang nak round-round Shinjuku, ada yang nak pi Akihabara dan aku pilih nak ke Ueno nak perabiskan duit yen yang ado ni 🙂 Sebelum menuju ke Ameyoko Street, singgah Hard Rock Ueno dulu. Oppa Rosly pun nak perabihkan yen dia. Aku nak belikan anak bujang nak topi pulak. Pastu belikan Park Ra Shid T’shirt Hard Rock Cafe selai buat kenangan. Asyik beli untuk aku je kan. Aku jadi ligan pulak membeli belah kat HRC ni sebabnya t’shirt HRS kat Jepun ni murah sikit kot. Kotlah ….

Jika dari HRC Ueno hendak ke Ameyoko Street, korang ikut kiri dan akan keluar pintu Ueno Station macam gambar atas. Kemudian, lintas jalan belok kanan terus jer… kalau korang dah nampak Uniqlo tu dah dekatlah tu …

Sehinggalah korang jumpa pintu gerbang Ameyayokocho Street ni …

Ameyayokocho Street, Ueno

Nama singkatnya ialah Ameyoko Street. Popular sebagai tempat shopping. Disepanjang jalan penuh dengan barang jualan. Lebih kurang macam Petaling Street gitew. . Pelbagai produk dijual di Ameyoko ni seperti pakaian berjenama, beg, kosmetik, ikan segar, makanan kering dan rempah. 

Ada dua simpang. Boleh pilih nak jalan yang mana satu dulu … jangan jadi dipersimpangan dilema dahlah … kekekeke …

Korang bayangkan korang pi Petaling Street … lebih kuranglah … tapi Petaling Street banyak barang ciplak kan. Di Jepun, katanya kebanyakkan barangan adalah original walaupun ko nampak dorang jual macam longgok-longgok jer … katanyalah …. hehehehe…

Hari ini hari sabtu. Maka, berduyun-duyunlah orang turun ke Ameyoko Street ni …

Ameyoko Plaza … macam-macam ada jual kat sini …

Souviner banyak kat sini tapiiiiiii ……. (sendiri mau ingtlah … hehehe). Aku tak beli pun sebab ritu dah beli kat kedai Akky One tu cukuplah. Nak menangis aku menengok harganya. Itu pasallah bila ada orang kirim air liur je aku wat bodoh jer … mahal beb … nak beli untuk diri sendiri pun punya berkira …  

Macam kenal mamat sebelah tu …. siapa ek?? kekekeke …

Tak sedap hati … teringat kat orang kampung … teringat-ingat kat makcik-makcik … teringat kat kupu-kupu … teringat kat geng copy paste … teringat-ringatlah … bila buat kira-kira lagi … maaflah tak dapat den nak nolong. Takde bajet … huhuhuhu … Barangan kosmetik kat Ameyoko Street ni punyalah berlambak. Aku nak beli mask pun punyaklah congak kemain lama tapi tak beli-beli jugak … hehehehehe ….

Kedai beg tangan berjenama pun banyak di Ameyoko Street ni. Aku ada masuk satu kedai yang jual semua beg Louiss Vuitton (LV). Aku syak semua tu beg seconhand. Tapi still nampak baru dan harga pun memanglah tak mampu walaupun seconhand .. huhuhu .. jangan tanya aku jumpa tak kedai beg LV yang jual longgok-longgok tu sebabbbbb memang tak jumpalah … dan takde niat pun nak mencari … mahal beb!! 

Hasil laut memang banyak jual di Ameyoko Street ni. Ada rumpai laut … nampak sedap je …Sakana! Sakana! hahahahaha Ikan!Ikan! Fresh giler ikan-ikan di Ameyoko Street ni. 
Ada berani beli ikan berharga 1000 yen (RM36) … hehehehehe …ada yang 1800 yen lagi … huhuhuhu …Opocot!!!

Octopus Jepun. Kemain merah berjahang ek … masak lomak cili padi sodap ni … hehehehe … Aku syak paling murah sekilo RM90 kot 🙂
Fresh Oyster. 3 keping 1000 yen jer. Erkkk!!  Tak tau apa sejenis apakah benda ni sebab tokei kedai buat jualan lelong. Ramai yang beli

Geram-geram tengok strawberry kat Jepun ni. Besar giler! Harga pun boleh tahan …

Strawberry 3 ketul besar 200 yen (RM7.20), Honeydew ada yang 200 yen (RM7.20) & ada yang 100 yen (RM3.60) 

Nak beli ke idak kan? Makcik takut melabur je nanti. Serammmm!! Tapi takmau kempunan nanti, baik tawakal beli jer.

Ya! Tuhan…sedap giler buah-buah kat sini terutama strawberry. Pejam mata aku bayor RM7.20 untuk 3 ketul. Itupun sebab nak menghabiskan duit-duit syiling yen. Rugi tak cuba makan buah-buahan kat Jepun ni. Sedap baq hang!!!
Kebanyakkan kedai di Ameyoko Street ni jual baju ke kasut ke jenis main longgok-longgok jer. Sale katanya. Aku pun nengok-nengoklah sweater Adidas yang swet muet kat situ…takdelah murah sangat. Tetap 1000 yen ke atas … huhuhu … harga asal ialah 3000 yen & ke atas. Nangis nak pilih baju sweater. Tapi disebabkan takmau hati ralat nanti aku gigil beli sweater Adidas kaler pink yang berharga 1590 yen tak silap … huhuhu … cari untuk Park Ra Shid punyalah takde saiz L. Semua yang sale tu kebanyakkannya saiz S & XS. Nangisssss!!!!

Kat Ameyoko Street ni banyak jugak kedai kasut. Cantik-cantik sangat. Geram jer aku tengok. Carilah jugak kasut idaman hatiku tu. Malangnya semua kedai tak jual kasut saiz 6. Huhuhuhuhu … sedih giler kot. Dah jmpa kasut New Balance yang rare yang memang takde kat Malaysia tapi saiz takde pulak. Hailah kaki … kenapalah besar sangat. Orang Jepun kan kaki kecik jer … sedih aku …. 
Kat sini pun ada jual T’shirt I Love Tokyo. Sama je harga dengan kedai Akky One di Akihabara tu. Sehelai 1000 yen (RM36). Saiz besar takde pulak. Takde rezekilah untuk mak aku … sorri mak …

Makcik dah ngendeng-ngendeng kat tepi beg Robin Ruth Tokyo tu …. nak belilah tu … kekekekeSelain creepe, jika ke Jepun korang wajib cuba Aiskrim Green Tea … 350 yen seketul 🙂

Jumpa Arif, kawan Nisa yang baru je bekerja di Jepun. Datang Tokyo sebab nak jemput wife ngan anak dia yang akan sampai malam nanti. Seronoknya dapat bekerja di negara maju ni kan. Arif pun belum arif lagi tentang selok belok Tokyo ni. Tak lama lagi mesti terror tu. Dorang berdua je yang try Green Tea Ice Cream. Disebabkan frust giler tak dapat beli kasut NB, aku merajuk takmau cuba aiskrim tu … pastu menyesal tak sudah. Korang!!! Pleaselah … jangan teragak-agak nak beli atau cuba bila travel kemana-mana nanti balik mesti menyesal macam aku … huhuhu …

Akhirnya aku beli kasut Puma jer … jadilah .. tak rasa ralat hati pulak nanti kan …Masa dah time …. masa untuk ambil beg di hotel. Sedihnya weiiii!!!! kenapalah sekejap sangat ni … 

Dalam perjalanan nak ke Ueno Station nampak pulak souviners kiut miut ni. Berenti jap beli buat buahtangan …

Samurai Genuine Jeans … Iron Heart … Sugar Cane …

Aku bab jenis seluar jeans ni memang tak reti. Nipun hasil ehsan gambar dari Ad. Dia memang nak cari jeans ni, akhirnya jumpa jugak kedai jeans rare kat Euno Street ni. Apa yang aku tau kedai jeans ni agak popular tapi macam ramai tak tau kot. 

Aku difahamkan kedai Hinoya di Jepun ni agak popular bagi penggemar seluar denim/jeans. Kebanyakkan denim/jeans yang di jual di Hinoya ni memang jarang, susah  atau tiada di pasaran Malaysia. Kira limited edition lah.

Ad berpeluang jumpa dan berpossing dengan tokey kedai jeans rare tu. Arigatougozaimasu!

Nak ke kedai Hinoya ni, jika korang dari Ueno Station tadi, belok ke kiri. Jalan terus je sambil jeling-jeling kiri kanan nanti nampaklah kedai jual jeans rare ni … Tak jumpa jangan kecam aku tau … hehehehehe …

Kat area yang Ad gi tu pun ada jual kasut original buatan Jepun. Carilah … cuma RM648 jerr … kekekeke …

Siapa peminat dan pengumpul Naruto, boleh cari patung Naruto dan kawan-kawan di Ueno ni ..Ada berani beli mini helmet Rossi? RM115 jerr …

Kat situ ada jual Helmet Arai & Shoei yang popular tu. Ni kalau Abang Kembong mai mesti giler sekejap … hehehehe … Harga? boleh tahan mahal ….

 

Last possing kat Ueno Station. Akhirnya aku beli jugak beg Robin Ruth tu … sebab senang nak letak semua barang-barang … tambah 1 beg lagi …

Maaf … ada sambungan lagi ek ….

 

Akak Kembang Nak Bagitau Sikit >> Segala pengalaman ini berdasarkan pengalaman sendiri. Jika ada salah dan silap mohon dimaafkan. Entri ini mungkin akan berubah-ubah jika ingatan Akak Kembang semakin pulih 🙂

Baca Sini >>

Trip ke Jepun – Shinjuku (Part 1)

Trip ke Jepun – Shinjuku, Haruju & Shibuya (Part 2)  

Trip ke Jepun – Mount Fuji & Gotemba Premium Outlets (Part 3) 

Trip ke Jepun – Hard Rock Ueno & Asakusa (Part 4) 

Trip ke Jepun – Ski Resort (Part 5) 

Trip ke Jepun – Nippori Textile, Akihabara & Shibuya Again (Part 6) 

Trip ke Jepun – Osaka Castle (Part 7) 

Trip ke Jepun – Universal Studio Japan & Kyoto (Part 8) 

Trip ke Jepun – Shinjuku Gyoen National Garden (Part 9) 

4 thoughts on “Trip ke Jepun – Ueno (2nd Last)”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge