Farrell Turns One

Tajuk mat salleh sangat kan … hehehehe …

26 Mac lepas, genap setahun usia anak buah tersayang aku Ahmad Farrell a.k.a Roro. Sekejap jer budak sengih dah besar. Rasa tak puas nak tatap wajah baby dia … biasalah … dialah satu-satunya anak buah aku yang paling kecik. Nak ada baby sendiri still takde rezeki …

Adik aku, Moon pun buatlah majlis kecil-kecilan sempena harijadi Farrell. Kebiasaannya, harijadi yang setahunlah kita nak raikan. Cuma panggil saudara mara IB Clans jer berkumpul bagi memeriahkan majlis.

Mak Enab masak Mee Kari. Moon masak Makaroni Bakar. Tempah kuih muih dan buah-buahan sikit. Cukuplah.

Bertemakan Despicable Me! Minion Party …

Majlis bertemakan Minion Party. Jenuh cari kek Minion ni… sib baik ada.

Adik aku, Moon terlebih rajin sampai lukis sumi gambar Minion dan buat apam Minion & Hello Kitty lagik..

Alang-alang birthday mak jemah sorang ni bulan April, langsungkan je sekali. Senang sekali harung. Sukalah tu …

Seronok Farrell tengok kek gambar Minion. Cam muka adik jer! Nasib baik dah pandai tatih. Sekarang ni makin laju tapi asyik terjatuh jer. Gigi pun dah tumbuh sebatang.

Kanak-kanak ribena 🙂

Terima kasih buat waris-waris IB Clans yang sudi memeriahkan majlis harijadi Farrell & Zarra.

Dah besar anak buah ciklin yang sorang ni. Tak sabar nak tunggu kakak pija kawin plak … hehehe

Bila Geng Akak Gorjes jumpa…camnilah … tapi sedih sebab tak cukup korum. Miss you Ika ..

Selamat Harijadi buat anak buah mamalong yang comel dan selalu senyum. Semoga membesar dengan sihat dan menjadi orang yang berguna buat keluarga dan negara. Mamalong love you sayang!!

  ➡ 5 Tips Berguna Untuk Save Duit & Tetap Maintain Bergaya Dengan Phone Yang Canggih

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge