Trip Melaka – Final Part

Hari Ketiga

Last day di Melaka kena pulun berendamĀ sampai puas … hehehehe …

Walaupun cuaca terik, tapi angin punyalah kuat dan sejuk jer. Dah kolam atas bangunan, mestilah angin kuatkan … taknak berendam ada court tenis jugak disediakan.

Laki bini berendam dalam jakuzi sambil berangan nak buat sebijik jakuzi kat rumah kami nanti … kekekeke …

Menghabiskan detik gembira bersama-sama sangat menggembirakan …Happy Clans
Selfie dari Farrell … hehehe …Kasi can nenek-nenek berendam dalam jakuzzi
Kelakar pulak gambar menyelam ni .. mata aku dah macam hantu cino plak …

Mak ku yang jelita šŸ™‚
Cucu kesayangan yang jauh dimata dekat dihati …As usual ‘family potret’ šŸ™‚

Check out jam 11.00 pagi. Nak singgah Bandar Melak jap …

Pada sesiapa yang nak menginap di Swiss-Garden Hotel & Residences Melaka ni boleh tempah melalui Agoda.com atau booking.com atau dari website hotel sendiri.

Meh aku bagi review sikit pasal Swiss-Garden Hotel & Residences …Ā 

Yang best tentang Swiss-Garden Hotel & Residences :

  • Hotel best. Bersih. Selesa.
  • Bilik best. Bersih. Selesa. Besar. Karpet cantik šŸ™‚
  • Kolam best. Bersih. Sejukkk. Ada jakuzzi lagi..ada sauna pulak tu. Paling best ada gym.
  • Staff baik dan peramah.
  • Breakfast sedap.

Yang tak best tentang Swiss-Garden Hotel & Residences :

  • Lobi hotel dan residences lain-lain.
  • Lift hotel & residence pun lain … mula-mula tu agakĀ bercelaruĀ (aku je kot camtu) sib baik budak-budak hotel ni rajin tolong.
  • ToileterisĀ tak best sebab takdeĀ berus gigiĀ & ubat gigi.
  • Lift lambat sangat-sangat (mungkin musim cuti kot). Nak tunggu adalah sampa 20 minit lagi-lagi musim cuti umum … huhuhu … pastu panas plak …Ā 

Alamat Swiss-Garden Hotel & Residences :

T2-4 The Shore @ Melaka River
Jalan Persisiran Bunga Raya,
75300, Melaka Tengah, Melaka, Malaysia.
Tel : 606 ā€“ 288 3131
Fax : 606 ā€“ 288 3377
Email : resvns_sghrm@swissgarden.com

Dah masuk Bandar Hilir nak ke Dataran Pahlawan jalan banyak tutup pulak. Guna waze, bawak jalan meraban dan jem. Dapatlah tengok orang Cina pi beraya kat tokong-tokong. Disebabkan jalan semua jem, kami terus pi Melaka Premium Outlet (MPO) jelah. Bai-bai Bandar Melaka … ada rezeki datang lagi …

Dah sampai Alor Gajah …. jalan menuju ke MPO bukan main jem pulak … huhuhuhu … tapi dah alang-alang sampai kan kami redha je redah jem Ā tu… janji nampak bumbung MPO pun jadilah… kekekeke Ā 

Bagi aku biasa-biasa je MPO ni. Tak sehebat dan se’best’ JPO pun. Aku tak beli apa pun … jenjalan lenguhkan kaki jer …

Kuda lari gagah berani … kebetulan pakai baju belang sama pulak …

Nasib baik takde yang best kat sini, kalau tak matilanakkk kena pow ngan budak kecik nie…si

Tak lama pun kami di MPO tu … nak balik ke Sg Buloh, kami singgah kedai Kraftangan Alor Gajah. Nak cari belacan dan kuih muih buat bekalan.

Selamat tinggal Melaka. InsyaAllah… ada rezeki boleh datang lagi …

Baca entri lain : –

Trip ke Melaka – Part 1

Trip ke Melaka – Part 2

9 thoughts on “Trip Melaka – Final Part”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge