Projek Bawa Bekal – Januari

Kunun-kunun azam tahun 2016 nak rajin masak dan bawak bekal. Memandangkan juga setiap kali waktu lunch mesti terfikir-fikir nak makan apa? Nak beli kat mana ek? Yaampun! boringnya nak pi beli tempat yang sama jer…

Mulalah nak memotivasikan diri nak bawak bekal atleast 15 hari dalam sebulan. Hah!Hah!Hah! Aku gelakkan diri sendiri. Semoga sukseslah hendaknya hingga ke hujung tahun.

Alhamdulillah, dalam 3 bulan ni aku makin rajinlah nak bangun awal pagi dan rajinlah nak sediakan bekal buat diri sendiri. Anak-anak aku tak layan bawak bekal ni … huhuhu …

Gigih aku bangun pagi sambil gosok mata sambil masak (selalu aku bangun pukul 6.00 pagi tapi sekarang kena bangun 5.45 pagi weeiii …

Selalunya, aku suka masak simple-simple je. Janji boleh kenyang. 

Tips : 10 Larangan Barang Yang Tidak Boleh Dipanaskan Dalam Microwave Korang

Total aku bawak bekal sepanjang bulan Januari ialah 10 kali sahaja (1 gambar hilang). Tak cecah target pun sampai 15 kali. So, dengan ini aku isytiharkan kena bawak bekal dalam sebulan atlest 10-12 kali jer … aci kan?

Bajet pulak nak kurus macam Kajol kan…target nak turunkan berat badan ke 49 kg … tapi aku mana boleh tak makan nasikkkk … huhuhuhu …

Takpe … masih boleh kawal diri. Mula-mula bawak 2-3 senduk. Pastu kurangkan sesenduk. Sekarang cuba tak makan nasi pulak. Aku banyak lemak weiiii …. sedehhhh!!!

Semoga Projek Bawa Bekal aku ni akan berpanjanganlah hendaknya … 

 

10 thoughts on “Projek Bawa Bekal – Januari”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge