Jejak Kasih 25 Tahun

Tajuk macam tuanya haku!!!!(memang dah tuapun :))

Ya. Itu 25 tahun dahulu. Zaman terakhir meniti alam persekolahan di sekolah rendah iaitu pada tahun 1991. Zaman budak hingusan yang sukar dilupakan segala kenangan manis ketika itu. Pada waktu itu, satu-satunya sekolah rendah untuk orang yang tinggal sekitar Sg. Pelong, Paya Jaras dan Sungai Buloh ialah Sekolah Kebangsaan Sungai Pelong. Pada waktu tu jugak tak ramai lagi murid sekolah. Kalau tak silap aku, darjah 6 je baru ada 4 atau 5 kelas jer. Yang aku ingat 6 Anggerik, 6 Bakawali, 6 Cempaka & 6 Dahlia (kalu tak silap). Maklumlah dah 25 tahun kan … ingatan kena asah tajam lagik.

Beberapa minggu yang lalu, aku di invite untuk join group whatsapp untuk zaman sekolah rendah. Yang aku join group whatsapp untuk kelas masa sekolah menengah jer. Lagipun kebanyakkan geng memang dari sekolah rendah. Bila kawan aku, Shahrizan kata ini untuk group darjah 6 Bakawali jer. Aku on je. Maka bermulalah kepochi group 6 Bakawali yang ada buat masa ni, Shah, Ijat, Muhaizal, Mus, Mala, Zila, Lily, Mokhsin, Azizi, Ade Azri, Nazrah, Su, Aku & Yaty. Semua tu ada ada friend kat facebook kecuali Muhaizal & Yaty.

Macam tak sangka dapat jumpa dorang balik walaupun kat whatsapp jer terutama ketua pengawas kecil molek, Yaty. Ada jugak yang aku ingat rupa dorang tapi banyak yang dah tak ingat..kekeeke..Lagipun takde sorang pun yang simpan gambar lama kitaorang masa 6 Bakawali … sedey giler kot.

Lawak weiii …. masa ni aku darjah 4 Merah. Inipun ehsan kawan aku punya koleksi.

Yang geng mak jemah ni mulalah sibuk nak jumpa. Ok! set time nak dating. Kebetulan aku memang amik cuti hari jumaat lepas sempena cuti sekolah. Bila aku dan Zila cuti masa tu, Mala pun amik cuti gak. Yang lain tak apply cuti sebab dorang bos 🙂 Kami janji tempat yang senang masing-masing nak datang. 

Kami pilih Aeon Shah Alam yang baru buka tu. Sambil menyelam boleh minum air … kekekeke … Dari malam tadi dok tak sabar rasanya. Macam nak pi berdating pulak … kekekeke…

Kami lepak food court je … boleh lepak lelamer skit. Harini geng mak jemah je dulu jumpa. Geng pak jemah sibuk nak sembahyang jumaat … lenkali kita wat reunion balik ek. 

Sementara menunggu orang yang ditunggu-tunggu dengan penuh debaran.

Tudia…..orang yang ditunggu-tunggu sudah datang.Sampai menangis Yaty dapat peluk-peluk kami.Peluk jangan tak peluk  😀 

Tetap macam tu jer muka Yaty ni. Ketua pengawas zaman kami darjah 6 dulu. Dan yang penting tetap comel dan kiut. Punyalah lama kami dok berborak sambil mengimbau zaman sekolah rendah dulu-dulu. Teringat zaman karipap 20 sen. Main tiang. Main gelongsor kat tepi padang. Bestnya yaamat! zaman tu …Aku, Zila, Yaty, Mala, Lily, Mus

Ya! Ampun. Bahagianya rasanya dapat bertemu kawan-kawan. Kami berlima kecuali Yaty, nama je duduk dekat tapi nak jumpa punyalah susah … heee…heee…

Lepas je aku post gambar kat facebook, ramai pulak kawan-kawan ngaku sekelas 6 Bakawali. Setakat ini dah ada 20 orang iaitu Shah, Ijat, Muhaizal, Mus, Mala, Zila, Lily, Mokhsin, Azizi, Ade Azri, Nazrah, Su, Aku, Yaty, Intan, Hema, Darni, Intan, Fiza & Isa dalam group 6 Bakawali. Makin meriah. Boleh buat reunion sekali lagi. Semoga persahabatan kita akan kekal hendaknya. InsyaAllah.

 ➡ Dapatkan Tiket Kapal Terbang ke India Serendah RM159 Sahaja!

16 thoughts on “Jejak Kasih 25 Tahun”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge