Projek Bawa Bekal – Februari

Assalamualaikum …

Projek Bawa Bekal aku masih berjalan lancar. Kali ni anak dara aku pulak turut terjebak nak bawak bekal ke sekolah jugak. Kena masak lebihlah gamaknya. Lagi sukalah kakak Balqis bawak bekal sebab dapat simpan duit belanja sekolah dia.

Sejak kakak Balqis suka bawak bekal, bertambah semangatlah aku nak memasak. Nasib baik Qayyum tak terjebak. Ada gak sekali dua aku paksa dia bawak bekal. Memang dia bawak (semata nak jaga hati aku) tapi balik sekolah dia makan kat rumah rupanya (nenek pecahkan rahsia). Mungkin dia taknak kecikkan hati aku kot … tu yang dia bawak je tapi makan kat umah. Budak lelaki ni kan ada ego tersendiri lebih-lebih dah 12 tahun ni kan. Hilang macho kot kalau bawak bekal …

Bagi memudahkan Projek Bawa Bekal ni berjalan lancar, aku selalunya akan sediakan bahan-bahan masakan lebih awal. Contohnya, potong ayam dan daging kecil-kecil simpan dalam freezer. Nanti nak masak takyah kelam kabut. Ā 

Alhamdulillah. Bulan Februari aku berjaya bawak bekal selama 8 kali jer … hahahaha … Selalunya aku akan masak apa yang ada jek. Tu yang kalau korang tengok msakan asyik berulang yang sama jer … malas nak fikir. Masak apa tau jek … kekekeke …

Tak sabar tunggu bulan Mac ni berapa kali pulak aku berjaya masak kan …

7 thoughts on “Projek Bawa Bekal – Februari”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge