Kedai Winter Coat Murah

Dah nak habis musim sejuk baru nak bagitau kedai baju sejuk murah kan?

Ampun … tak menyempat nak buat entri khas untuk baju musim sejuk. Ok! Jom Akak Kembang tunjuk kedai winter coat murah di Kuala Lumpur ni.

Sebelum ni google punya google maka terjumpalah kedai winter coat murah ni area Kuala Lumpur.  Aku memang tak pernah beli winter coat … masa pergi Beijing pun aku pinjam kat adik punya. Nampaknya kena beli 1 jugak. Malulah asyik pinjam orang punya pulakkan. 

Sebelum aku tahu kedai baju sejuk murah ni, aku dah pergi banyak tempat macam Zara, H & M, Guess, Winter Time, Universal Traveller, online dan macam-macam lagilah … Ada yang berkenan tapi mahal sangat pulak. Ada yang murah tapi aku plak tak berkenan.

Dengan pantas ajak Park Ra Shid meronda ke Jalan Lok Yew.

Selama ni tak tahu pun kewujudan Kok Kong Winter Wear ni. Padahal dulu selalu lalulalang setiap minggu nak balik sri johor umah mak mentua aku. Kalau aku tau…mesti dah banyak baju sejuk aku kan … kekekeke …

Masa aku sampai Kok Kong Winter Wear ni, hujan renyai-renyai pulak. Parking kat sini memang sangat terhad. Sudahnya Park Ra Shid tunggu dalam kereta je sambil cari parking.

Kok Kong Winter Wear ni ada 2 tingkat. Di tingkat atas menjual beg-beg luggage untuk travel. 

Di bahagian bawah tanah pulak ada jaket, winter coat, stokin wool, boots, mafla, glove, long john dan barang kelengkapan musim sejuk. Kira korang tak payah nak ke kedai lainlah. Semua ada di Kok Kong Winter Wear ni. Harga? Tengok barang jugak Ada yang mahal dan ada yang murah tapi lebih murah jika dibanding dengan shopping complex. Tapi winter coat kat sini memang berbaloi beli.

Waahhh!!!! terpegun aku melihat baju-baju sejuk kat sini. Diluar jangkaan aku … Aku di sapa pekerja di sini. Baik dan peramah. Orang pakistan kot. Sambil bawak anak-anak buah korang taulah kan. Memang jadi tarzan Akak Kembang kat situ …

Penuh warna-warni. Mulalah naik juling mata aku … huhuhu …lagi banyak pilihan baju winter coat dari Universal Traveller & Winter Time 🙂 
Kesian pulak aku tengok anak-anak aku ngan anak-anak menakan aku ni. Dorang pun berangan nak winter coat jugak. Sabarlah ye nak…bagi mak jalan-jalan dulu. Nanti korang dah besar, belajar rajin-rajin, kerja bagus-bagus … boleh pergi kemana saja yang korang mahu dengan syarat kena bawak Mama sekali ek 🙂

Ok! Aku suka sebab dah dapat winter coat yang berkenan dihati. Lebih kurang design yang aku berkenan kat Espirit, Sogo tu. Harga winter coat Espirit yang aku berkenan tu mencecah RM499. Matilanakkkkk!!! Kat sini baru RM380 ada diskaun RM50 lagik. 

Nasib baiklah aku jumpa kedai baju sejuk murah ni. Jimat duit aku … kekekeke…Kalau korang beli banyak dia bagi free gift. Aku dapat mafla free 🙂 

Jika korang nak cari kedai winter coat murah ni boleh terus pergi di :-

Alamat Kok Kong Winter Wear

No, 170, Jalan Loke Yew,
55200 Kuala Lumpur

No. Telefon : 03-9221 9311

Waktu Perniagaan Kok Kong Winter Wear :

Isnin – Sabtu : 9.00 a.m – 6.00 p.m

Ahad : 11.00 a.m – 6.00 p.m

4 thoughts on “Kedai Winter Coat Murah”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge