Projek Bawa Bekal – Mac

Alhamdulillah … hari ini genap 3 bulan aku berhempas pulas menyediakan bekal untuk keluarga (poyo kan … hehehe). Tapi yang selalu bawaknya adalah aku dan kakak Balqis jer. Dua abang sado tu takat makan kat rumah je. Biasalah orang lelaki … malu-malu arnab nak bawak bekal … takut hilang macho agaknya terutama anak bujang aku tu. Park Ra Shid tak malu sangat cuma kebiasaan time lunch kan dia suka lepak ngan kawan-kawan … tu yang malas nak hangkut bekal.

Walaupun takdelah hari-hari aku bawak bekal tapi atleast dalam sebulan tu adalah dalam 10-11 hari aku berjaya memasak sambil pejam mata (ngantuk!). Tapi aku bangga dengan pencapaian diri sendiri sampai mak aku sendiri kagum dengan aku … sebab makin rajin masak … kekekeke …

Ikan Goreng Masak Halia + Bayam Goreng

  1. Nasi Goreng Kosong
  2. Bubur Nasik
  3. Sambal Ayam + Lobak Goreng
  4. Makaroni Goreng

  1. Daging Blacpepper + Peria Goreng
  2. Sandwich Telur Mata + Popia Sayur
  3. Bubur Gonjeng (Abang Kembong yang masakkan sebab tak berapa sihat)
  4. Sup Sayur + Nasi Putih (Abang Kembong masakkan jugak) + Ayam Bakar (org belanje)

Sambal Sotong + Baby Sawi

Untuk hari terakhir bulan Mac, kunun-kunun nak masak mee kicap tapi kicap pekat takde pulak. Jadilah Mee Siput Kicap Cair 🙂

Untuk bulan Mac, aku berjaya menyediakan 11 bekalan untuk ke pejabat dan sekolah. Alhamdulillah…selain boleh jimat … takdelah memeningkan kepala aku bila setiap hari nak kena pikir nak makan apa bila time lunch tu. Pastu boring asyik pi tempat yang sama dan lauk yang sama je. Bukan takde tempat lain…tapi mahal lah … huhuhu …

Semoga aku lebih istiqomah di bulan-bulan yang mendatang 🙂

 ➡ KLIK SINI UNTUK TAHU 5 TIPS & CARA MENARIK UNTUK DILAKUKAN BERSAMA KELUARGA DENGAN JIMAT!

Tips : Sediakan bahan-bahan pada waktu malam supaya senang terus campak jer dalam kuali pagi nanti.

6 thoughts on “Projek Bawa Bekal – Mac”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge