Tema Baju Raya 2016

Salam Lebaran ke 16. Amacam raya korang? Raya aku macam biasa-biasa je. Dah namanya raya kan … haruslah beraya-raya … hehehehe … Prinsip selagi ada bahagia mari kita kita bahagia masih dipraktikkan.

Awalnya, Abang Kembong ajak beraya di Seremban tapi ada sebab-sebab yang tidak dapat dinyatakan, maka hakak suka sakanlah dapat beraya di Sungai Buloh. Terima kasih Abang Kembong sebab sentiasa memahami jiwa raga bini mu ini. Dia takut banjir melanda katanya ๐Ÿ™‚ Sayang abang ketat-ketat. Janganlah ada yang kecam hakak pulak, balik-balik raya Sungai Buloh jer tau โ€ฆ rumahtangga hakak โ€ฆ biar hakak je yang hadap tau. Jaga jer rumahtangga hangpa …

Tahun ni giliran adik tengah aku pilih tema baju raya. Maka jadilah #teambabyblue untuk baju raya kami tahun ni. Gigih beli kain sekodi (hahaha โ€ฆ tipu je). Ada yang tanya beli kain kat mana? Hakak beli kat Jakel yang murah-murah jer. Pastu tempah kat Kak Ani Tailor. Tudung opkos dari Vanilla Jasmine by Mulin. Baju melayu plak pun semua tempah. Dulu selalu tempah ngan tailor Bangladesh tapi baiya dah keje kat Arab pulak โ€ฆ so port baru tempah kat tailor Kemboja pulak. Janji murah kan … hehehehe โ€ฆ

Malam Raya …Malam raya biasanya ada acara Baraan Raya. Alhamdulillah, masih diamalkan di Sungai Buloh. Semoga ada kesinambungannya kelak …

Pagi Raya …

Seperti biasa, lepas balik sembahyang raya, isi perut dulu … baru kami saling bermaafan (gambar salam menyalam tak sempat nak masuk sini). Lepas tu terus siap-siap nak balik kampung Mak pulak (dengar macam jauh je kan … kekeke).ย Kenapa tak balik kampung Abah? Sebab rumah yang kami duduk tulah kampung Abah … kekekekeke …

Tapi sebelum balik kampung haruslah kena amik gambar raya dulu kan … hehehehe …

“Pah dah pakaikan butang baju melayu untuk abang ni … jangan nak menggatal pi nikah sorang lagi plak” :mrgreen:

Makku yang jelita bersama Abahku yang hensem gitew …
Girls in the house ๐Ÿ™‚

Belum pi beraya, sampin Qayyum dah tercabut.

Atuk dan nenek bersama cucu-cucu yang tak lengkap. Yang lagi berdua bapak tak bagi beraya kat Sungai Buloh … huhhh ….
Keluarga kecil hakak …

Single mingle makngah bergambar ek … tunggu anak-anak tak kunjung tiba gamaknya …

Keluarga kecil adik bongsuku … Rara & Roroย  ๐Ÿ˜†
Selamat Hari Raya dari Akak Kembang sekeluargaย  ๐Ÿ˜†ย Yeyyy!! sampai kampung dah …. padahal kampung sebelah jer …

Gabungan sedara Abah di petang raya …

Selamat Hari Raya Aidilfitri dari Akak Kembang vs Abang Kembong.

P/S : Gembira di atas kegembiraan orang lain adalah suatu perasaan yang amat bahagia. Tapi jika iri dengan kebahagiaan orang itu adalah sifat yang perlu dicampak sejauh-jauhnya. Setiap insan berhak merasa bahagia selagi bahagia itu hak mereka. Hidup ini tidak lama. Esok lusa pasti masa kita. Renung-renungkan ๐Ÿ™‚

9 thoughts on “Tema Baju Raya 2016”

  1. Akak cantik nyerrrr warna tema akak sekeluarga !! Cantik sangat tambah pulak sekeluarga memang cantik orang nyer ๐Ÿ˜‰

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge