Beraya di Seremban, Chembong, Rembau & Seperi

Sambungan Raya Akak Kembang …

Malam raya pertama tu, kami sekeluarga balik Seremban. Kami sampai lewat malam di rumah mentua. Esoknya, ajak mak abah mentua balik kampong mak mentua di Chembong, Rembau. Aku memang suka balik Chembong sebab boleh makan masakan pure Negeri Sembilan. Paling suka rendang itam yang induk (adik mak mentua den) buat. Lupa nak mintak resepi 🙂 Lepas makan rendang sedap induk buat …. kami dihidangkan pulak masak lomak rebung. Perghhhh!!! Memang terangkat …

Punah diet hakak tau …

Dekat setengah hari kami beraya kat rumah peninggalan arwah wan (mak mentua den punyo omak). Tetamu datang silih berganti dan aku salute kat induk sebab kena masak banyak-banyak tanpa mengeluh pun.

Sebelum balik moh kito bergambor dulu 🙂 Rumah peninggalan nie dah jadi port kami possing ala-ala kampong …
Cakkkk!!!Kali ni anak teruna hakak memberi kerjasama yang suam-suam pabila nak bergambar … hehehehe …
Feeling ala-ala perantin baru gitew sebab sedaro Abang Kembong ingat kami baru nikoh … wakakakaka …
Permintaan Qayyum sendiri nak bergambar …

Kami tetamu terakhir yang balik dari umah induk … thanks induk sebab masak sedap-sedap untuk kami …

Balik dari Chembong, kami singgah Rembau, rumah makngah (kakak mak mentua den). Lepas kenyang singgah Seperi pulak. Memang makan je keja kami haritu …

Tiap kali datang Seperi mesti tenang sebab dekat ngan gunung ganang …Nampak belakang tu gunung ganang … banyak pokok petai tau …

Okay! Jom pulang … petang kang nak balik Sungai Buloh balik 🙂

4 thoughts on “Beraya di Seremban, Chembong, Rembau & Seperi”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge