Baraan Raya Geng Sekolah (Part 1)

Assalamualaikum. Bulan raya ni citer Akak Kembang haruslah cerita raya kan … silap haribulan lepas raya nanti timbul cerita bulan puasa plak … hehehehe … maklumlah … tengah sakan nak menulis ni banyaklah cerita yang terpendam. Jangan kecam hakak tau …

Habis baraan di rumah sanak saudara, baraan dengan kawan-kawan plak. Alhamdulillah, tradisi baraan raya Geng Copy Paste masih diamalkan. Time baraan raya nilah yang dapat mengeratkan silaturahim persahabatan kami. Boleh jumpa seisi keluarga. Seronok dan bahagia sangat.

Ahad lepas, baraan batch 1 dimulakan dengan rumah Cik Munah di Kundang. Tokey nasi lemak … tokey ketupat daun palas … tokey segala tokey makananlah … hehehehe …

Cik Munah nak bagi duit raya tu … sampai terlupa nak berposing kat rumah Cik Munah … huhuhuhu … penat Cik Munah dok mengecat rumah bagai. Sori Mona …

Sapa malas masak boleh suruh Cik Munah masakkan. Cik Munah ada jual Ketupat Daun Palas. Cik Munah ada buat katering. Paling ngetop Nasi Lemak Singgit Cik Munah. Boleh whatsapp/mesej Cik Munah 012 2393005.

Kami dihidangkan dengan Masak Lemak Cili Padi Daging, ulam-ulaman dan Laksa Utara. Memang berseleralah kami berulang makan. Hampir lupa diet memasing.

Kemudian, rumah kedua kami nak serbu rumah bendahari GCP (Isma) pulak. Tak semua geng GCP join,maklumlah banyak open house kan. Mana yang ada je dapat join.

Kami dijamu dengan meehon tomyam. Sedap Isma masak. Bagi buah tembikai sedulang … sedulang habis … buruk lantak sangat kami ni …

Sambil makan sambil bincang trip seterusnya. Nak kemana kita ni??

Abang Kembong pun dah ngam ngan bff aku ni … hehehehe …

Nama je duduk sekampung ngan Shikin tapi tak penah Nampak muka pun … huhuhu .. Shikin firstime join baraan raya GCP tahun ni. Jangan terkejut ngan kekepohan kami sampai tahun depan takmau join pulak … hehehehe

Orang rumah bff yang senyum sokmo …

Buat tatapan yang teringat-teringat 2 orang Abang Sado ni … wakakakaka

10 tahun lagi kena amik gambar camni semula … kekekeke …

Terima kasih tuan rumah Mona dan Isma yang sudi menjamu kami. Sedap-sedap belaka. Hanya Allah yang dapat membalasnya. Semoga persahabatan kita (ex class 5A2) akan berkekalan buat selamanya.

P/S : Aku memang tak buat open house tiap tahun pun sebab tak terbuat kot nanti. Capekkk!!! Tapi sapa nak datang hotel aku tu amatlah dialu-alukan dengan syarat kena bagitau seminggu sebelum kejadian. Kalau dah sampai depan pagar baru call aku, alamatnya cuci mata tengok hotel aku jela … hehehehe … jangan marah … jangan kecam hakak tau! Akhir kata, Selamat Hari Raya. Maaf Zahir & Batin.

8 thoughts on “Baraan Raya Geng Sekolah (Part 1)”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge