Baraan Raya Geng Sekolah (Part 2)

Abaikan blog Akak Kembang yang berkembang-kembang ni ek. Masih under renovation lagik.

Meh! sambung cerita raya Akak Kembang yang setahun pun belum tentu habis karang … hehehehe …

Kali ni baraan raya Geng Copy Paste berarak ke kawasan Saujana Utama pulak iaitu rumah aku, Lily & Fita sebab kami satu kawasan. Senang.

Baraan tahun ni  turn umah yang 1st. Penat aku merendang ayam tau. Pastu buat sambal tumis. Pastu Abang Kembong buat lempeng sebab ada mak buyong mengidam 🙂

Member aku Mona ngan Isma nak menangis tengok Abang Kembong pakai apron … huhuhuhu … padahal dia masakkan lempeng jer … Abang Kembong jugak dapat nama … sentap hakak. Tahun depan biar bibik-bibik pulak yang masak … huhhh …

Para tetamu merangkap #bestfriendforever aku 🙂

Makan sampai kembong tau …
Sementara menunggu Lily, Eju & Sal datang beraya ….Datin Oren cepat benor nak balik. Maklumlah lepas rumah aku ke rumah dia pulak …

Gadis-gadis pujaan SMBG satu ketika dulu … hahahahaha … tipu sangat!!!
Tahun ni tak semua geng kelas dapat baraan bersama. Masing-masing sibu beraya kan … Maka balik-balik muka ini jelah yang beraya …Datin Gold vs Dato Gold & Datin Turqoise vs Dato Turqoise dah sampai … melepaslah kempunan mak buyong tu nak makan lempeng Abang Kembong kan …Teruna idaman satu ketika dahulu … wekkkkk … lagi tipuu!!

Kemudian, kami beralih beraya ke rumah Lily. Dah dua kali aku beraya ni … hahahahaha ….Makan sampai kenyang … penat Datin Oren masak sambal udang marvelos tu …                                                   Sayang korang …

Cukup kami bertujuh dah macam 70 orang mak jemah … hehehe 

Terima kasih buat Lily dan suami menjamu kami dengan penuh kebahagiaan. Tak puas beraya rumah cantik ni … tahun depan kena 1 rumah satu hari … hahahahaha…matilanakkk!!

Kemudian, giliran rumah terakhir, rumah Fita pulak. Hidangan ala-ala high tea katanya …

Kami datang nak tolongg!!!

Kesian tengok Fita kelam kabut nak menjamu kami. Lagipun kami memang suka masuk dapur orang … hahahaha …

Macam meja kedai kopi pulak. Dah kena conqure ngan bapak-bapaknya … hehehehe … kasi can lah …

Tq Fita buatkan kami Puding Oreo, Spaghetti & Puding Karamel yang seploh kali mintak resepi tapi tak buat-buat … sorry tak dapat lepak lelamer sebab timing dah lari …huhuhuhu …

Terima kasih kawan-kawan seperjuangan sebab dapat meluangkan masa. Dapatlah kita beraya beramai-ramai. Yang tak dapat datang, insyaAllah … panjang umur murah rezeki, tahun depan berjumpa lagi kita .. sayang korang dunia & akhirat.

8 thoughts on “Baraan Raya Geng Sekolah (Part 2)”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge