Baraan Raya Geng Sekolah (Part 3)

Assalamualaikum …

Baraan Raya Geng Sekolah di teruskan ke rumah Shikin di Kg Paya Jaras Dalam (kampung eden ni… hehehe). Pertama kalinya Shikin join Baraan Raya tahun ni sebab baru bertemu di dalam group whatsapp.

Kami tak dapat datang serentak sebab ada hal memasing. Yang ni group pertama sampai.Group pertama balik aku baru sampai … nasib baik ada yang tak balik lagi. Nampak tak muka orang-orang beriman siap ada nur cahaya lagik … hehehe …

Group ketiga dan akhir baru sampai.

Terima kasih Shikin sebab masak rendang minang yang sedap sangat. Terbayang-bayang hingga ke hari ini.

Terima kasih daun keladi Shikin sekali lagi. Walupun rumah tak siap lagi sampai sanggup paksa cik abang pasa tiles cecepat supaya kami boleh datang beraya.

Okay! Rumah seterusnya dan terakhir adalah rumah Azim. Walaupun diri tak begitu sihat, tetap mengundang kami. Memang rugi kalau tak pi rumah dia sebab Nasi Tomato dia sedap sangat. Katanya dia yang masak … kami anggukkan je … nak jaga hati … hahahaha … jangan marah jim … gua gurau jerrr …. gua tau lu memang pro bab masak-masak ni …

Sementara menunggu yang lain datang, kami sapedek dulu …
 Dah datang pun geng tapi still tak cukup korum …

Suprise party dari isteri tercinta Azim. Eh!Eh! samalah muka brader pakai baju hijau ngan baju hitam tu … hehehehe … dorang ni kembar. Cumanya, si Abang (baju hitam) kelas lain. Selamat Hari Jadi Azim & Azam. Semoga membesar bagai johan 🙂

Maka berakhirlah Baraan Raya Geng Sekolah kami tahun ini. Alhamdulillah. Sudah 3 tahun kami amalkan baraan raya ni. Semoga dapat diteruskan di tahun-tahun akan datang. Amin.

2 thoughts on “Baraan Raya Geng Sekolah (Part 3)”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge