Buffet Ramadhan di Kelab Saujana, Sungai Buloh

Cakkkkk!!!!

Jangan terkejut, cerita puasa di bulan Zulkaedah! hahahaha …┬áHakak memang suka pendam cerita kan ….

Dari tahun ke tahun Geng Akak Gorjes ni nak gathering iftar together-together. Memang tak penah cukup korum. Alhamdulillah, last minit perancangan akhirnya berjaya jugak. Kebetulan Ika beraya di Sungai Buloh tahun ni, so bolehlah bukak puasa sesama.

Maka…cukuplah korum 6 orang jahanam ni … hahahahaha …

Kami malas nak drive jauh-jauh, so decide nak buka puasa kat Kelab Saujana Sungai Buloh jer. Murah pun murah. Satu kepala RM39.00 bersih.

Single mingle je kami pi bukak poser tu. Laki-laki semua kami bagi can pi lah bukak poser kat luar … hehehehe … Abang Kembong bawak anak-anak aku pi bukak poser kat Mc D Puncak Alam.

Anak menakan yang comel ligan kiut …Antara makanan kesukaan aku. Tu jer pun amik gambar makanan buffet … Pilihan makanan kira oklah … sesuai dengan harganya kan …Ikan Keli bakar kesukaan ramai …

Sementara menunggu azan, possing-possing dulu kat pool Kelab Saujana ni. Selama aku duduk Saujana Utama ni, ni first time aku jejak kelab ni. Sapa nak belajar berenang boleh datang sini selalu.

Geng Baju Cotton …. kekekekeke … saja je sebenarnya berbaju cotton …

Terasa diri muda remaja plak kan … padahal dah kertu pon …

Bismillah …

Alhamdulillah … tercapai jugak hasrat Geng Akak Gorjes nak berbuka puasa bersama-sama. Rasa tak puas pulak kami berborak. Dah kena tunggu bulan 12 pulak lah lepas Ika bersalin nak lepak lagi.

Sapa-sapa nak bawak family buka puasa kat Kelab Saujana Sungai Buloh ni memang sesuai sangat. Tempatnya agak luas, harga buffet taklah mahal sangat, makanan not bad tapi yang bawak anak-anak kecik tu kena berjagalah sikit … takut dorang terjun dalam kolam pulak … hehehehe …

Alamat :

Kelab Saujana Sungai Buloh

Jalan Seroja 1/1

Bandar Saujana Utama

47000 Sungai Buloh

Selangor Darul Ehsan

 

2 thoughts on “Buffet Ramadhan di Kelab Saujana, Sungai Buloh”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge