Wallpaper Murah

Assalamualaikum … Salam Jumaat … harini hakak nak cerita bab dekorasi rumah pulak. Dah lama rasanya tak cerita pasal dekorasi kan sebab hakak bukan pandai sangat bab hias-hias rumah ni. Asal boleh … hakak hentam je …

Tak macam Mak aku, setiap kali nak raya mesti dekorasi rumah kami akan berubah. Dia memang camtu sejak azali. Kalau korang datang raya 2015 rumah mak aku tema hijau … 2016 tema pink pulak (contoh).

Mak kata itu terapi buat dia. Dia suka tengok rumah kemas dan teratur. Aku tak salahkan mak pun sebab mak kan surirumah dari muda-muda. Tak salah kalau dia nak tengok rumah dia cantik je. Jangan tak percaya rumah mak aku tu semua dia cat sendiri. Dia tak suka orang lain cat sebab nanti comot … katanya …

Bila dah terbiasa dari kecik tengok mak suka berhias rumah camtu … kami adik beradik terjebak jugak. Tapi takleh lawan mak … mak aku lagi power!!

Aku ni pemalas … bila nak raya je baru teringat nak kemas rumah. Harap Abang Kembong jelah yang rajin menyapu, mengemop, mengvaccum 🙂

Kunun-kunun ritu nak cat baru ruang tamu rumah aku tu. Sejak masuk rumah 2010 sampai 2016 tak penah ganti cat. Pastu bila dah bulan poser … semua lemau naik malas pastu sibuk dengan bisnes VJ by Mulin & Maruju Gorjes pulak … lagilah malas.

Korang perasan tak capuk-capuk putih tu? Sakit mata aku menengoknya. Dinding tu dah licking mengembang pulak. Takde masa nak panggil orang repair. Akhirnya, bincang-bincang ngan Abang Kembong … kita pasang wall paper jelah … kalau cat tetap nampak gak licking tu kan …

 ➡ Dapatkan Tiket Murah Ke Mauritius Disini

Oklah … menurut perintah jer … Jom cari wallpaper murah-murah …

Amacam? Cantik tak wallpaper hakak ni?

Kat mana nak cari wallpaper murah? Aku selalu cari kat Kaison je. beli wallpaper yang siap ada gam. Semudah ABC … cewahhh … mentang-mentang Abang Kembong yang buat … hehehehe …

Selamat Membeli & Mencuba 🙂

6 thoughts on “Wallpaper Murah”

  1. Rmh aunty pun dh 5 tahun x bercat semula Alin. Dinding comot sana sini. Aunty pun sama mcm mak alin suka buat sendiri..tapi larr ni kudrat dh xde..slowlah sikit nk buat sendiri..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge