Photoshoot Raya

Tahun ni kami tak bagi Mak Enab cat mengecat kat rumah dia. Bukan apa … nanti dia sibuk sakit tulah … sakit nilah … Nanti dia yang penat. Alternatifnya, kami suruh Mak pasang je wall paper. Dah ada tukang pasang volunteer nak pasang lagi senang kan … sapa lagi kalau bukan Abang Kembong.

Mak Enab suka konsep ala-ala Inggeris gitew … so belilah wallpaper munga-munga kecik. Sesuailah kan ngan tema vintage dia tu …

Beli kat mana wallpaper tu? Opkoslah Kaison … hehehehe …

Bila raya ritu, kalau orang datang beraya rumah Mak Enab mesti bergambar area ruang tamu utama rumah Mak. Memang sesuai sangat sapa nak amik gambar raya kat situ.

Family Cik Nah sempat berpossing kat situ … nampak macam kat studio tak? hehehehe …Family makngah ngan moksu pun sempat possing …

Family aku? Raya pertama je sempat berpossing … tupun tak proper sangat bergambar … raya haji boleh repeat lagi …

Sapa nak tumpang sekaki mehlah rumah Mak Enab. Sejam RM50 jeerrr …. hehehehehe …

4 thoughts on “Photoshoot Raya”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge