Family Trip Geng Copy Paste | Pulau Pangkor (Part 2)

Sebelum semakin lupa … Akak Kembang nak sambung story Family Day Geng Kelas Akak Kembang ke Pulau Pangkor ritu …

Hanya 9 keluarga yang join trip ke Pangkor ni. Tupun macam 90 keluarga … erkkk. First time nak jenjalan ngan kawan-kawan … debornya macam pestime jadi isteri Abang Kembong … wakakakaka …

Tempat berkumpul kami adalah di petronas penjara Sg Buloh. Seawal jam 7 pagi dah terpacak kat situ. Hakak ajk … kenalah cepat dari yang lain. Takut kena kecam nanti … huhuhuhu …

Hakak sempat hari jual Maruku Gorjes pada hari kejadian 🙂 Salina plak sponsor jajan buat kami & Abang JJ sponsor air mineral …

Datin-Datin possing jugak … hahahaha …

Bismillah … memandangkan ustaz Fazli lewat, bacaan doa dipimpin oleh Abang Zam a.k.a Dato Oren. Jam 7.30 pagi kami mula gerak.

Lebih kurang jam 9 pagi, kami sampai di Sabak Bernam untuk sarapan pagi. Memang kami dah booking kedai tersebut bagi memudah dan mempercepatkan urusan kami 🙂 Semua dah tak sabar nak sampai ke Pangkor.

Sampai di jeti lumut lebih kurang jam 11 lebih. Kami semua parking di tempat parking yang berbumbung lebih selamat.

Setelah urusan pembelian tiket feri di settlekan oleh Mona dan Isma … kami terus menuju ke jeti lumut.

Sebahagian feri Group Copy & Paste yang konker … kekekeke …

Bahagianya ketika ini … rindu pulak ngan bff …

# harga tiket feri dari jeti Lumut ke jeti Pulau Pangkor ialah RM10 untuk dewasa & RM5 untuk kanak-kanak.

Alhamdulillah, 30 minit je dah sampai ke jeti Pulau Pangkor. Paling suka dan tak sabar adalah kami 🙂 kekekeke … last jejak kaki ke Pangkor masa kakak Balqis umur setahun lebih rasanya. Dah hampir 13 tahun baru jejak balik ke Pulau Pangkor. Pengalaman baru buat adik Qayyum. Dia lagi teruja. Banyaknya berubah tapi yang tak berubah adalah teksi van pangkor … tetap pinky shock … hehehehe …

# harga van teksi dari Jeti Pangkor ke Teluk Nipah ialah RM20. Satu van boleh memuatkan dalam 8-9 orang.

Semua urusan pengangkutan di settlekan oleh Mona dan Isma. Kami dah bahagi tugas masing-masing. So takde gadoh-gadoh 🙂

Cantik kan hotel Anjungan Beach Resort Pangkor ni? Rasa tenang jer …

Kami sampai agak awal di Anjungan Beach Resort Pangkor. Bab hotel tugas aku pula. Lepas gelak-gelak dengan receptionist hotel, separuh dari kami dapatlah check in seawal jam 1 petang. Waktu check in sebenar adalah jam 2 petang.

Sebelum memasing masuk bilik, baik kita bergambar berjemaah dulu … sebab bila dah masuk bilik memasing mesti dah ke laut … hehehehe …

9 budak bekas kelas 3B2 & 5A2 yang giler-giler remaja … hahaha …

Aksi sopan skit …

9 buah keluarga bergabung. Bersyukur sangat, semua sporting morting. Sayang korang ketat-ketat 🙂

 ➡ Dapatkan Promo Diskaun Pizza Dominos Disini!

Dah habis possing, yang tak dapat bilik tu boleh cari makan sekitar hotel. Banyak jer kedai makan sepanjang jalan nak ke hotel kami tersebut. Tapi awas!!! korang google dulu kedai makan area situ sebab kebanyakkannya cekik darah!!!

bersambung …

2 thoughts on “Family Trip Geng Copy Paste | Pulau Pangkor (Part 2)”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge