Family Trip Geng Copy Paste | Hotel Anjungan Beach Resort Pangkor (Part 3)

Anjungan Beach Resort Pangkor.

Anjungan Beach Resort Pangkor terletak di Teluk Nipah. Jika dari Jeti Pangkor mengambil masa dalam 10 minit sahaja.

Terdapat pelbagai jenis bilik mengikut citarasa dan bajet korang. Jika ditanya “Best ke Anjungan Beach Resort Pangkor ni?”. Jawapan jujur aku adalah sangat best. Walaupun hotel ni terletak agak terpencil dan paling hujung (sebelah kiri hotel adalah hutan … sebelah kanan kedai makan dan hotel-hotel lain … depan hotel adalah laut dan aneka kedai makan) tapi hakak suka nokkkk!!! Korang boleh bayangkan kan? hehehehe ….

Aku tempah melalui hotel Anjungan Beach Resort Pangkor sendiri. Selepas beberapa email kepada pihak pengurusan Anjungan Beach Resort Pangkor, maka kami deal memilih Anjungan Beach Resort Pangkor sebagai port kami nak bergonjeng 🙂

Sampai je nampak pool kat situ … wowwww!!! Memang sebiji dalam gambar …

Aku pilih bilik jenis Family Room (4 pax). Ala-ala mini penthouse gitew. Memang aku puas hati dengan family room ni sebab sesuai buat keluarga aku. Bilik agak luas dan selesa.

Katil saiz King di bahagian bawah buat Akak Kembang dan Abang Kembong 🙂

Ada kettle, hairdryer dan minuman segera …

Ada tv dan mini bar …

Pandangan dari atas pulak. Bilik air macam biasa je. Toileteries semua ada kecuali berus & ubat gigi …

 

Bahagian atas agak luas jugak. Kalau keluarga besar sangat sesuai tapi kena bawak totolah …

Ada 2 katil single. Memang sesuai buat kakak Balqis & adik Qayyum …

Kolam di Anjungan Beach Resort Pangkor taklah besar sangat. Tapi muatlah buat kami 9 keluarga nak bersuka ria … hehehehe …

Abang-Abang Sado ngan Akak Sado tengah berendam …

Bagi aku, kalau keluarga korang nak bercuti memang sesuai sangat. Nyaman sekali. Boleh lihat harga bilik di website Anjungan Beach Resort Pangkor. Boleh tengok melalui Agoda dan website hotel yang lain jugak.

Ok jom … nak keliling pulau pulak …

Harga bilik-bilik di Anjungan Beach Resort Pangkor termasuk sarapan pagi :-

Standard Room (2 pax) = RM176

Deluxe Triple (3 pax) = RM248

Family Room (4 pax) = RM302

Family Room (5 pax) = RM338

4 thoughts on “Family Trip Geng Copy Paste | Hotel Anjungan Beach Resort Pangkor (Part 3)”

  1. wajib dimasukkan dalam list to go sebab orang tak pernah sampai sana..seumur hidup tak pernah sampai. Lagi pun nampak selesa je rumah nyer tu 😉

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge