Berakhirnya UPSR

Alhamdulillah. Berakhir sudah peperiksaan akhir buat Firhan Qayyum. Debaran aku sebenarnya masih belum berakhir selagi keputusan UPSR belum diumumkan. Tapi aku kena pura-pura bersuka ria. Kalau tak macam mak lampir muka aku nanti. Aku kalau susah hati, macam-macam rupa momok boleh jadi  :mrgreen:

Bila ditanya, semuanya ok. Jawab Qayyum. Tapi aku tahu…soalan peperiksaan memang susah … huhuhu …

Ok. Muhasabah diri. Tidak semestinya gagal sekali selamanya akan gagal (cuba pujuk diri sendiri). Yang penting doa, tawakal, redha dan terus berusaha sampai berjaya kan! Aku yang fefeling over sebenarnya. Ya! Allah … jauhkan sifat iri hatiku ini.

Sekejap je masa berlalu … teringat zaman adik masuk sekolah darjah satu dulu. Orang dah setengah tahun bersekolah, adik baru nak masuk sekolah belajar darjah satu. Semua mata pandang adik sebab adik hanya pakai selipar jer. Mama bangga adik tabah ketika harungi ujian tu.  Dari darjah 1 sampai darjah 6, Mama dan Babah akan hantar adik ke sekolah pada hari pertama sekolah semata untuk berjumpa cikgu kelas adik dan menerangkan situasi adik. Alhamdulillah, semua pelajar dan guru-guru SKSP memahami situasi adik. Dan lagi beberapa bulan, tamat sudah sessi sekolah rendah adik. Masa begitu pantas berlalu …

Apapun keputusan adik, Mama terima dengan redha … walaupun tak lama tu nanti tunggukan ajer bebelan dan sedikit acah-acah rotan buluh dari Mama … Mama ok kot. Mama dan babah tetap bawak adik jenjalan main ice skating sambil tengok wayang. Mama tetap sayang adik …

Dah habis UPSR adik, kakak Balqis pulak bertarung dengan PT3. Makin menjadi-jadilah mak kornag mengilai lepas ni … huhuhu …

Apapun doakan yang baik-baik aja agar semua urusan dipermudahkan. Amin.

P/S : Terima kasih buat semua yang saya kasihi yang selalu mendoakan buat anak-anak saya. Hanya Allah yang akan membalasnya kelak. Sayang korang ketat-ketat!

6 thoughts on “Berakhirnya UPSR”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge