Family Day Geng Copy Paste | Snorkling & Lempeng Pisang (Part 4)

Okay! sambung balik citer Pangkor hakak ek …

Snorkling …

Aktiviti petang sabtu tu adalah nak keliling pulau pangkor naik speed bot. pastu kunun-kunun ada yang nak snorklinglah sambil mandi manda …

Pestime nak keliling pulau ni. Aku memang penakut sikit bab naik bot laju ni … tapi bila kengkawan semua pergi termasuk mak buyung Ijue … jadi gedik terus nak join.

Lepas deal ngan mamat bot tu … kami konker 3 bot nak keliling pulau-pulau. Debornya hakak rasa … hehehehe …

Excited mak bapak mengalahkan budak-budak …

Qayyum paling tak sabar. Memang pengalaman pertama dia selama 11 tahun ni …
Dua orang mak budak yang paling ngada-ngada taknak join kengkunun … sekali dapat naik bot seronok pulak rasanya … hehehehe …Tak sangka best sebenarnya jalan-jalan naik bot ni …

Hanya Qayyum dan Abang Kembong je yang snorkling. Dah petang-petang ni air dah naik sikit tapi bolehlah nak acah-acah menyelam …
Kakak Balqis pun teringin nak snorkling …
Pandai dah adik Qayyum …lepas ni boleh pi snorkling lagi …

Sambil nengok bapak-bapak ngan anak-anak snorkling … mak-mak dara yang memang tak koser nak menyelam-nyelam duduk atas batu sambil gosip … hahahahaha …

Hampir sejam lebih snorkling dan mandi manda, bot yang bawa kami tadi pun sampai. Kemudian, kami dibawa mengelilingi dan mengenali jenis-jenis pulau sekitar Pulau Pangkor.

Pulang ke darat, kami sambung mandi kolam di hotel pulak. Sementara tu, janji Fita nak belanjer kami pekena Lempeng Pisang Pangkor yang dikatakan sedap sangat tu … tak sabar nak rasa 🙂

# Harga untuk satu bot RM80. Alat snorkling RM10. Satu bot boleh memuatkan 8-1o orang.

Gerai Lempeng Pisang Pangkor

Inilah Gerai Lempeng Pisang Warisan di Pulau Pangkor … aku dan Mona berpeluanglah mengintai brader ni masak lempeng pisang sensorang jer

Disebabkan dekat 40 keping lempeng pisang kami order, kami kenalah menunggu sambil sambung mandi kolam. Nasib baik gerai lempeng pisang tak jauh dari hotel kami.

Model Lempeng Pisang  😆 (jangan marah babang  😀 )

# Harga Lempeng Pisang Pangkor atau Banana Pan Cake cuma RM1.50 sekeping.

Terima kasih buat Fita a.k.a Datin Yellow sekeluarga sudi menaja Lempeng Pisang petang tu. Memang sedap tak terkata Lempeng Pisang Pangkor ni. Kalau korang ke Pangkor memang wajib cuba Lempeng Pisang Pangkor. Jangan lupa bawak sambal tumis dari rumah. Cicah sambal tumis lagi marvelos  😉

# Lokasi Gerai Lempeng Pisang Pangkor sebelum hotel Anjungan Beach Resort, Teluk Nipah. Brader ni jual tepi jalan persisiran pantai.
Makan Lempeng Pisang sambil minum Milo ais sambil berendam … perghhh!!!

Lucky Draw

Lepas maghrib kami berkumpul di kolam untuk acara tukar-tukar hadiah. Setiap satu keluarga kena bawak hadiah sorang satu. Kemudian kami akan bertukar-tukar hadiah. Kita tengok sapa yang kena 🙂Aku memang failt bab jadi jurucakap ke jurumudi ke MC ke … huhuhuhu … banyak gelak dari bercakap sampai esok pun tak habis. Pas kat orang lain pun semua menolak … huhuhu …

Disebabkan semua tak reti bercakap dan tak reti bagi ucapan maka kitaorang lantik Abang JJ a.k.a Dato Grey (husben Ijue) jadi MC bidang terjun malam tu …

Seronok sangat malam tu … simple but nice! Cakap-cakap .. gelak-gelak .. Terima kasih buat Abanglong JJ sudi jadi MC bidang terjun kami malam tu … memang meriah …

Alhamdulillah, tanggal 23 April 2016 (ketika ini kami di Pangkor) genap 3 tahun usia Group Copy Paste (GCP). Kelakarkan nama group kami. Sampai ada orang yang menginap sama di hotel kami tanya aku … company apa ek Copy Paste ni. Aku tahan gelak nak menjawab soklan minah tu 🙂 GCP sebenarnya adalah member-member sekelas masa form 3 & form 5. Ditubuhkan oleh Musalmah yang jauh di Terengganu (dengan musal je dah 19 tahun tak jumpa). Tahun pertama memang tak ramai sangat join group wasap ni. Pastu ada yang masuk pastu keluar. Ada yang kena remove. Ada yang left. Tak sporting gamaknya ataupun malu kot … hehehehehe … Kemudian, tahun kedua ada 2-3 orang rakan sekelas yang dapat kami jejaki. Dan tahun ketiga, ada lagi 2-3 orang join dan sporting. Disebabkan ramai yang malas menulis, bila kuar wasap je … sorang jawab … semua mengikut jawab yang sama. Maka terciptalah Geng Copy Paste  😛

Syukur. Orang kata group whatsapp ataupun reunion geng sekolah ni kadang-kadang boleh memporak perandakan kehidupan. Sebenarnya ikut akal & hati masing-masing. Kalau ko buat group atau nak join reunion sekolah hanya untuk bertemu dan mengeratkan silaturahim dengan kawan-kawan lama … maka insyaAllah akan diberkati. Tapi ko buat group atau reunion sekolah semata nak stalker kekasih lama ke … niat ke lain ke … maka terjadilah perkara yang tidak diingini. Yang penting niat memasing. Syukur sangat, GCP berpegang kepada ikatan persahabatan. Kalau dulu masa sekelas, ko tak serapat mana pun … tapi bila join GCP … sehari tak berwasap rasa tak senang duduk pulak. Puaslah ko kena kecam ke … kena kutuk kaw-kaw… kena perli ke … tu sifat sementara jer. Tak lama tu ko akan rindu kerenah kawan-kawan ko. Tak simpan dalam hati punya ..

Jadi … korang pahamkan kenapa nama group kelas aku Geng Copy Paste … hehehehe ….

Malam tu kami buat acara tukar-tukar hadiah kat tepi kolam. Nasiblah nama sapa aku kena cabut … dialah yang dapat hadiah dari aku …. hehehehe …Masing-masing dapat hadiah cenderahati yang ditaja oleh kami sendiri … hehehehe … kutip duit sorang sikit pastu beli hadiah. Semua orang bahagia. Dapat extra saguhati dari tajaan Datin Oren a.k.a Lily 🙂 Sukalah memasing dapat cookies dan souvinier dari Australia, keychain Koala 🙂

Hadiah paling gempak! Hanya sekeping kertas A4 jer yang Mona dapat dari Salina. Rupa-rupanya hadiahnya besar dan susah nak bawak. Beli dari PS Ikea, Iwan … hahahahaha … memang gempak. Patutlah Sal menggelabah singgah merata tempat sebelum sampai ke Pangkor siang tadi. Rupanya nak cari kertas A4 je  😀 Orang yang bertuah dapat hadiah aku ialah bff aku, Lily … hehehehehe … boleh main memasak lepas ni ek … Oh ya! aku bagi set pinggan mangkuk plastik Ikea  😆

Penutup majlis, Ketua rombongan Datin Purple a.k.a Mona bagi ucapan penutup. Takde Mona takdelah trip ni … thanks Datin Purple 🙂

Dah hadiah memasing boleh pergi dinner plak …Kami tak de dinner proper pon. Dinner kat kedai makan tepi pantai jer. Dah booking kedai dan makanan dari petang tadi. Tupun berejam tunggu makanan. Sebab berejam menunggu, maka takde mood nak bergambar bagai walaupun ada seniman jalanan hiburkan kami .

Nak pesan sikit, sebelum cari kedai makan di Pangkor, baik korang buat research sebab ada kedai yang akan caj harga melampau semata korang acah-acah pelancong. Tapi kedai yang aku makan tu boleh tahanlah regenya. Tak mahal tak murah.

sambung nanti pulak lak ek …

4 thoughts on “Family Day Geng Copy Paste | Snorkling & Lempeng Pisang (Part 4)”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge