Family Day Geng Copy Paste | Ronda Pulau (Final)

Selamat Hari Malaysia! Sapa tak pi mana-mana tu meh baca story Akak Kembang ke Pulau Pangkor lagik ek …

Tak puas sebenarnya percutian 2H1M ni … sekejap je dah nak balik … huhuhu …

Next trip harus 3 hari 2 malam … baru bahagia ….

Apapun, sebelum balik mari kenyangkan perut dulu. Pakej hotel yang kami ambil dari Anjungan Beach Resort ni termasuk sarapan pagi. Makan kenyang-kenyang lepas tu boleh sambung aktiviti bebas.

Banyak jugak menu sarapan pagi di Anjungan Beach Resort ni …

Ada ruangan membaca jugak …

Breakfast menghadap swimming pool …Tak sabar nak berendam … hehehe …tapi sebelum berendam nak jalan-jalan tepi pantai dulu …Tak pernah nak complete kalau bergambar berempat. Adik Qayyum memang tak sporting …Nak mandi laut macam malu plak … hahahaha …

Cantiknya laut … tenang sangat … rasa macam taknak balik jer …

Lagi cubaan berempat yang tak menjadi …

Dalam pukul 12 tengahari kami berkumpul semula di lobi hotel. Lepas ni nak ronda-ronda sekitar Pulau Pangkor pulak.

Tempat menarik di Pulau Pangkor yang patut korang kunjungi ialah Kilang Satay Ikan.

Kami dibawa ke Kilang Satay Ikan Hai Seng Hin yang terkenal di Pulau Pangkor.Rasa macam syurga makanan pulak bila masuk ke dalam kedai di Kilang Ikan ni … ada macam-macam jenis produk laut dijual disini.

Masa untuk mengepow babah … hahahahaha …

PS Ikea tersengih jer ….

Selain makanan laut, Ikan Bilis dan Ikan Masin juga turut dijual di Kilang Satay Ikan Hai Seng Hin ini. Semua pulun borong stok ikan bilis dan ikan masin. Harganya agak berpatutanlah dari Sungai Buloh … hehehe …

Akak Kembang pun tak terlepas nak memborong Ikan Bilis Mata Biru. Freshhh katanya …

Tak sampai sejam memborong, kami dibawa ke tempat tarikan kedua terkenal di Pulau Pangkor iaitu Tokong Ular.

Kami cuma bergambar di luar je … tak masuk pun ke dalam … tak taulah ada ular ke tidak … hehehehe …
Rindunya korang pulak … hehehe

Kemudian kami di bawa ke tempat tarikan ketiga di Pulau Pangkor iaitu Kota Belanda. Kubu peninggalan di zaman peperangan yang berusia lebih 300 tahun.

Mini mine 🙂

Panas lit-lit tetap gigih possing …
Misi gigi … hehehe …

Tak semua dapat bergambar sebab dorang dah dibawa lari oleh pakcik van … hehehehe ..

Jom pulang ke Sungai Buloh …
Rezeki kami dapat naik feri 2 tingkat. Dapatlah kami fefeling ala-ala filem Titanic gitew … hehehehe

Fefeling Titanic ke bang … hehehehe …

Ahamdulillah … selamat sampai ke Jeti Lumut lebih kurang jam 3.30 petang. Kami semua berpisah di jeti Lumut. Masing-masing ada yang nak terus balik. Ada yang nak sambung shopping …

Terima kasih buat semua ahli keluarga Geng Copy Paste yang amat sporting morting baik dari suami/isteri dan anak-anak. Moga ikatan persabahatan tidak terhenti di sini. Semoga kekal dan harmoni hendaknya.

Entri berkaitan boleh baca :-

Percutian Pulau Pangkor (Part 1)

Pecutian Pulau Pangkor (Part 2)

Percutian Pulau Pangkor (Part 3)

Percutian Pulau Pangkor (Part 4)

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge