Misi Mencari Durian Bentong

Musim dorian tak habis lagi kan???

Bukan apa, takut ada yang mengidam … kang jenuh hakak nak menjawab. Kot-kot ada yang mengidam bolehlah lagi cari dorian ni kat Bentong kan … hehehehe …

Sebenarnya Misi Mencari Durian Bentong ini adalah perancangan last minit. Masa kenduri rumah Iwan ritu, dorang dah rancang-rancang nak mencari durian especially Durian Musang King. Lagipun semuanya hantu durian maka makin berkobar-kobarlah nak gi Bentong. Tak sangka pulak menjadi dan sampai ke Bentong pulak nak mencari durian.

Perjalanan dari Sungai Buloh ke Bentong cuma mengambil masa satu jam sahaja.

Kami bertolak dari Sungai Buloh jam 10.00 pagi. Tidak sampai separuh jalan, kami terima whatsapp dari Geng Copy Paste … brek kereta Iwan tak makan pulak. Alamak! menggelabah sekejap memasing. Kesian Iwan … dia yang beria-ia nak makan Durian Bentong. Demi kawan-kawan … Iwan sekeluarga tumpang kereta Isma. Kereta tinggal di stesyen minyak. Terharunya … sob!sob!

Hampir sejam, kami sampai di pekan Bentong. Abang JJ dan Ijue dah menunggu kami di Dataran Bentong (dorang sekeluarga tidur kat Bentong). Kemudian kami meneruskan perjalanan ke Dusun Durian kepunyaan majikan Abang JJ.

Perjalanan menju ke dusun durianย  ๐Ÿ˜† Kami melalui kawasan penempatan orang asli.

Sampai jugak ke Dusun Durian Bentong ni … kedatangan kami disambut hujan renyai-renyai …

Sementara menunggu hujan berhenti, kami berkelah dulu. Memasing bawak makanan.

Sorang sikit bawak jadi banyak jadinya. Alhamdulillah.

Makan dulu tapi jangan kenyang sangat. Kejap lagi nak makan durian pulak … hehehehe …

Rezeki kami dapat durian free jer dari jiran sebelah (kebetulan bos Abang JJ pun datang jenguk dusun dia … hehehe). Apalagi!!! pantang di offer … laju ajer kami menerimanya … lagi power bila bini-bini jadi tukang kopek dorian … power sehhh!!!

Tak dapat Musang King … dapat Perak King pun jadilah (janji free). Uncle kata dia tak berani ambil Musang King sebab harga weekend agak mahal. Tak kisahlah janji ada durian. Perak King ni tebal isinya … kuning isinya … manis isinya … sedaplah isinya.

Jangan tanya aku mana lagi sedap antara Musang King dan Perak King ek … sebab bagi aku semua sedap …. maklumlah hantu durian kan. Lagipun aku mana pernah makan Musang King lagi … kekekeke …

Tapi kalau tanya aku mana lagi sedap antara durian yang ada gred ni dengan durian kampung? Jawapan aku lagi sedap durian yang ada gred … wakakakaka … dah dapat yang mahal terus lupa durian kampung ek …

Masa untuk memborong durian nak bawak balik pulak. Uncle ni tokey durian merangkap penjaga dusun durian ni. Sebelum kami memilih, uncle bagi penerangan terlebih dahulu tentang jenis-jenis durian. Macam-macam jenis durianlah ada dan uncle ni memang dah kenal kriteria durian yang ada. Kami pun teruja mendengar … kalau kena kelentong pun pedehal … haahaha …

Memasing wajib possing dulu dengan durian ๐Ÿ˜† Ada macam-macam jenis gred durian. Ada durian gred D24, D33, D66 … D916 pun adoย  ๐Ÿ˜›

Yang Akak Kembang & Abang Kembong pegang ni durian gred D916 kot … kekekeke (ada ke?)ย  ๐Ÿ˜›

Selesai uncle beri penerangan, dah pegang-pegang, dah possing ngan durian … masa untuk memilih sambil di pantau oleh uncle. Mana yang tak elok uncle akan bagi tau. Bab pilih memilih bukan pakar aku. So, serahkan pada yang pakar … hehehe …

Dah sudah memilih untuk masing-masing punya, masa untuk timbang berat pulak. Bab kopek durian … bab timbang menimbang ni kita serahkan pada businesswoman kita, Puan Ida. Harga dan berat dia boleh kawtim ngan uncle ๐Ÿ˜›

Harga durian sekilo RM8 tak kira gred apa-apapun. Murahkan??

Di dusun durian ni jugak ada anak sungai yang jernih dan bersih.

Budak-budaklah yang dapat mandi pun. Cetek sangat airnya … tak sesuai untuk mak bapak … hehehehehe … baik kami makan durian …

Bukan hantu durian.

Balqis memang tak suka durian. Qayyum layanlah jugak tapi tak sehebat mama dia yang boleh habis 2 biji durian sekali hadap :mrgreen:

Selain pokok durian dan sungai, terdapat kolam ikan talapia. Memang membiak dengan jayanya. Seronok tengok. Nasib baik tak bawa tangguk ikan … hehehehe …

6 mak dara pingitan ๐Ÿ˜›

Alhamdulillah. Misi mencari Durian Bentong berjaya akhirnya. Tak pernah hakak mencari durian kemain jauh ni. Inilah julung-julung kalinya … hahahaha …

Terima kasih buat Abang JJ, Ijue dan anak-anak yang rajin melayan kerenah kami. Tak sangka dapat jugak jejak Pekan Bentong ni …

Ada jodoh … ada umur yang panjang … ada rezeki lebih … tahun depan sampailah lagi … boleh bawak kawan-kawan yang tak dapat pergi rituย  ๐Ÿ˜›

Belum habis lagi tau story Misi Mencari Durian Bentong ni tau … Jika ke Bentong mencari durian ….

Boleh cari abang ni ek.

Ok bai!!! ๐Ÿ˜†ย  ๐Ÿ˜†

6 thoughts on “Misi Mencari Durian Bentong”

  1. assalam..kalau bole kongsi la kontek no tuan kebun ni, sharing is caring. walau pun saya ni bukan pemakan durian rasanya dh 2 tahun tak rasa durian tapi mengenangkn rakan2 kaki durian tu yg bersemangat nk tau tempat ni. Terima Kasih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge