Perlukan Tour Guide di Vietnam?

Assalamulaikum … kabare? Lamanya tak menulis … masih sibuk dan sibuk. Dah habis exam kedua-dua anak baru lega sikit …

Disebabkan ramai masih ada yang bertanya pasal Ho Chi Minh, maka hakak buka kembali kenangan manis ketika bercuti di Ho Chi Minh pada 2014. Rindu pulak Ho Chi Minh … tak tahulah bila nak kembali ke Ho Chi Minh …

Soalan yang sering diajukan pada Akak Kembang ialah :-

Perlukah tour guide jika ke Vietnam?

Ikut bajet masing-masing. Jika bajet ciput, boleh je jalan-jalan sendiri. Pilihlah hotel yang berdekatan dengan tempat shopping seperti Ben Thanh. Banyak hotel yang harga berpatutan berdekatan dengan Ben Thanh tu. Tapi jika ada bajet lebih … pastu korang rasa was-was … tak konpinden nak jalan sendiri, bolehlah menggunakan tour guide. Mana tahu tak biasa jenjalan sendiri ke … bawak anak kecik ke … memang tour guide diperlukan bagi memudahkan urusan kita disana terutama transportation.

Waktu aku ke Ho Chi Minh ritu,  memang tak guna tour guide pon. Semua main redah … Cuma follow tips dan info dari blogger-blogger yang yang pernah ke sana jer. Lagipun nak merasa pengalaman backpackers kat sana … hehehehe …

Percayalah … tak susah mana pun. Sebelum pergi memang dok bayangkan camnerlah rupa Vietnam kan? Dah pergi baru tahu. So, sapa yang belum pernah sampai … boleh je jalan-jalan sendiri. Kalau rasa takut-takut boleh amik tour guide.

Senang ke dapat teksi di Vietnam?

Berlambak. Sepanjang jalan hotel ada teksi menanti anda. Tapi kena pastikan anda naik teksi yang benar … hehehehe … takut kena tipu. Teksi yang kami naik di Vietnam adalah teksi Vinasun. Kami difahamkan jangan naik teksi berwarna hijau. Itu teksi cekik darah namanya …

Harga pakej ke Chu Chi Tunnel?

Kami ambil pakej ke Chu Chi Tunnel melalui hotel penginapan kami (Kingston Hotel). Seorang hotel caj 15USD = RM50 (perlu diingatkan itu harga 2014 ye). Pakej tersebut termasuk teksi, bas dan tiket masuk ke Chu Chi Tunnel yang berharga 70,000 VND = RM11.50. Pakej tersebut mengambil masa setengah hari di Chu Chi Tunnel.

Boleh bagi nama tour guide di Ho Chi Minh tak?

 Boleh cari/hubungi Mohd Syukri dari Asia Tour Vietnam seperti nama di dalam kad dibawah. Segala pertanyaan pakej boleh tanya Syukri. 

Inilah Syukri. Orang Malaysia. Orang Negeri Sembilan. Sudah berpunya 🙂

Sekian.

Facebook : Vietnam Asiatour (Muslim Tour Vietnam)

Facebook : Muhd Syukri Nozari

1 thought on “Perlukan Tour Guide di Vietnam?”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge