Travelog : Bandung 2016 (Part 1)

Halllooooo!!!

Percutian kali ini cuma aku dan adik kecik, Moon je. Awalnya kunun-kunun nak gi dengan kupu-kupu. Tapi semua ada komitmen lain, maka akhirnya aku ngan Moon jelah yang gi.

Tempah tiket dengan Air Asia awal bulan 9 ritu. Bajet nak gi awal tahun depan tapi Moon tak menyabar pulak. Tu yang tertempah bulan 11 🙂 Harga tiket pun boleh tahan jugak harganya … nak pergi sangat kan!

Kalau naik AA kenalah naik di KLIA2. Rasa peghrakkkk sikit pestime sampai KLIA2 … hehehehe. Abang Kembong yang hantar ditemani kakak Balqis. Adik Qayyum tak ikut sebab nanti sedih kot … hahahaha …

Flight kami jam 6.40 pagi. Walaupun dah web check in, seawal 4 lebih kami dah sampai di KLIA2. Orang kata pintu gate KLIA2 jauh-jauh. Maka bersedialah dengan kaki yang kuat. Ada juga disediakan buggy … tapi dia tak layan orang muda mudi cam kami 🙂

Kos tiket kapal terbang Air Asia ke Bandung ialah :-

Harga tiket [RM325.08] + Insurans [RM30.00] + Beg 30 kg [RM100.00] + Debit fee [RM2.00] = RM457.08 seorang

Waktu berangkat, kami tak add on bagasi pun. Memasing bawak back pack Deuter tu. Aku punya 55l. Moon punya 40l. Cukuplah bubuh persalinan luar dalam untuk 3 hari 2 malam.

Untuk pengetahuan, beg yang dibenarkan dibawa ke dalam kabin pesawat hendaklah berukuran dan tidak melebihi 56cm x 36cm x 23cm dan beratnya tidak melebihi 7kg.  Tapi bukan kena timbang pun.

Kalau dah bawak beg masuk dalam kabin pesawat, sudah tentu bahan cecair yang melebihi had tidak dibenarkan. Awalnya, aku risau gak. Takkan tak bawak pencuci muka. Takkan tak bawak toner kan. Cecair yang dibenarkan dibawa ke dalam kabin pesawat tidak melebihi 100 ml.

Macam aku beli botol travel size 15ml tu kat Daiso. Pastu tak cukup bekas … bekas contact lens pun jadi … hahahaha … Macamana nak tau semuanya tak lebih 100 ml? Agak-agak je. Macam aku bubuh cuci muka tak penuhpun sebotol 15ml tu. Bubuh setengah pun dah ok. Pastu aku tak bawak pun shampoo ke losyen ke atau sabun badan. Kat hotel mesti disediakan. Cuma skincare wajib bawak. Takut balik sini nanti muka jadi pontianak plak …

Bila aku upload gamba ni … ramai ingat aku pi ngan Abang Kembong. Abang Kembong takmau ikut. Nak jaga anak-anak katanya … hahahaha … poyosss!

Sayunya hati nak tinggalkan anak-anak. Nasib baik Qayyum tak follow menghantar ke KLIA2. Kalau tak lagi sedih hati aku sebab adik Qayyum manja sikit ngan aku.

Muka-muka yang tak sabar nak sampai Bandung sambil sedih 🙂

Kami tiba di Lapangan Terbang Bandara Husein Sastranegara Bandung jam 7.50 pagi awal 15 minit dari waktu sebenarnya iaitu jam 8.05 pagi waktu Indonesia yang sejam awal dari Malaysia. Yang bestnya airport Bandung ni … korang boleh possing ngan kapal terbang sekali 🙂

Ini merupakan kali ke 4 aku jejak kaki ke Kota Bandung. Last ke Bandung adalah tahun 2011. Aiport Bandung ni taklah besar sangat. Tapi nyaman.

Turun je dari flight, kami menuju ke ruangan imegresen. Sebelum tu korang kena isi borang ‘Customs Declaration’. Sebenarnya korang boleh je isi borang tu dari dalam flight. Tapi aku macam sengal-sengal pulak masa stewards tu dok agihkan borang dalam flight. Dah turun baru terkial-kial nak isi borang.

Contoh aku isi borang ‘Customs Declaration’. Dah isi borang boleh sambung que  di ruangan imegresen.

Adalah diingatkan! Jangan sesekali korang nak selfie ke wefie ke depan imegresen tu. Tak pasal-pasal korang kena sound plak 🙂

Setelah melepasi imegresen, korang boleh amik bagasi korang dan kemudian ke ruangan scan pulak. Macam aku dan Moon tak amik bagasi boleh terus ke ruangan scanner.

Selesai scan bagasi, bolehlah cari supir korang di pintu utama airport Bandung. Supir kami dah sedia menunggu pun dengan banner nama …

Moon & Alyn

Kami menggunakan perkhidmatan supir dari Pakej Supir Murah Bandung. Nasib baik dapat driver muda … hahahaha … dah macam muka bekas laki Mas Idayu pulak aku nengok. Pak Ige namanya. Umur baru 39. Sudah punya isteri 1 dan 2 anak 🙂

Terus kami dibawa ke mobilnya. Harapan kami moga-moga dapat naik Alphard lah hendaknya  😛

Rupanya sejenis kereta Honda. Tak tau honda apa … memang bab keta hakak fail selalu.

Hari itu kami jadi ala-ala bos … hehehehe … Bilang aja mahu ke mana …

Harga transport & supir di Bandung ialah :-

1,150,000 (RM368) untuk 3 hari 2 malam. 

FB Supir Bandung : Pakej Supir Murah Bandung

Whatsapp : Pak Angga +6285624983033

Destinasi pertama kami ialah hotel. Kami menginap di Fave Hotel, Jalan Braga. Booking melalui agoda.com. Aku pilih bayar di hotel. So, kena singgah hotel dulu untuk bayaran sebab takut check in lewat nanti kena burn pulak.

Sebelum tu kenalah aktifkan internet. Takde internet boleh matikkk! Ha.Ha.Ha!

Memang kat hotel ada wifi tapi camne nak wat live streaming kan! Awal-awal lagi kami dah suruh supir kami belikan simkad. Sila beli simkad/kartu sim XL4G.

Memang power giler tahap kelajuan internetnya. Tak kira kat ceruk hutan pun still laju coveragenya. Aku tau pun bila baca blog Miera Hassan. Memang aku rekomenkan pada korang yang nak ke Bandung, boleh beli simkad XL4G nie. Aku beli satu je. Share data ngan adik aku. Memang jimat. Terpulang kat korang. Nak beli sorang satu pun boleh.

Kartu Sim XL4G ni berharga 60,000 rupiah. Duit Malaysia lebih kurang RM20. Dalam 3 hari tu memang laju je kitaorang berdua guna. Janji jangan berpisah jauhlah … cuma hari ketiga tu kitaorang top up pulsanya sebanyak 10,000 rupiah sebab nak call Mas Iga.

Kemudian, itenarary seterusnya ialah makan siang di Kampung Daun. Sebelum itu, kami singgah di De’Fashion. De’Fashion merupakan gedung menjual kain ela seperti kain lace, kain cotton dan macam-macam lagi jenis kain. Lebih kurang macam Jakel Mall. Sebelum ni tak pernah sampai di De’Fashion. Ada yang kata, di De’Fashion harga kainnya lebih murah dari Pasar Baru. Jom kita tengok.

Seperti kebiasaan, jika ke Bandung, haruslah cari kain lace. Bandung salah satu syurga membeli kain lace yang murah dan cantik sangat. Niat dihati nak beli stok 3 tahun :mrgreen:

Kat sini ko boleh bajet macam ala-ala Datin shopping (merujuk style Moon :)) hahahahaha …

Ada gaya mak Datin tak … kekekeke …

Menurut perkiraan aku, taklah mahal sangat dan taklah murah sangat kain lace di De’Fashion ni. Memang banyak pilihan. Harganya boleh dirunding lagi.

Settle beli kain lace. Mekasih Mas Iga sebab rajin amikkan gambar-gambar kami walaupun kami malu 🙂 Perut pun dah mula berkeroncong dan cuaca pun mulai mendung. Waktu ini, Bandung musim hujan. Cuaca pun nyaman jer.

Jika dari bandar Bandung menuju ke Kampung Daun, Lembang, perjalanan mengambil masa dalam sejam. Bergantung macet atau tidak jugak jalan raya. Sekarang ni bandar Bandung tengah repair longkang dan jalan … jika diwaktu kemuncaknya memang akan macet.

Mula-mula tu nak ajak Moon makan kat Sapu Lidi Sawah tapi Moon teringin bebenor nak makan kat Kampung Daun tu … nak ulang kenangan 2010 tak sempat dikecapi katanya … maka akak tercinta ikutkan aje. Dia kempunan masa 2010 dulu gi Kampung Daun, dia demam maka tak dapatlah makan masa tu.

Makin cantik Kampung Daun ni. Kebetulan hujan jugak masa kami datang ritu. Dulu datang hujan jugak tapi bestlah. Rasa nyaman. Rasa sejuk. Tak sabar nak makan 🙂

Burung kakak tua ni pun ada lagi cuma dah tak boleh bercakap pulak … dah tua kot …

Dekorasi pun ada yang berubah. Dan kebetulan lagi masa kami datang listrik (letrik) pulak takde … huhuhuhu …

Tak dapatlah nak makan bakar-bakar. Aku order Nasi Goreng Kampung Daun. Moon pulak Nasi Goreng Ulam (kot) 🙂 Memang sedap sebab dah lapor … Selesai makan hujan pun reda.

bersambung …

2 thoughts on “Travelog : Bandung 2016 (Part 1)”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge