Travelog : Bandung 2016 (Part 2)

Masih hari pertama di Kota Bandung …

Habis makan siang di Kampung Daun, kami request nak gi Toko Mahmud. Toko Mahmud ni terkenal dengan jualan produk kecantikan dengan harga yang murah. Aku taupun melalui mas google 🙂

Dah sampai Toko Mahmud. Tak sabar nak borong barang make up …

Memang ramai orang dalam Toko Mahmud ni. Nak jalan pun selisih bahu. Penuh dengan orang-orang Bandung je. Orang Malaysia hanya aku ngan adik Moon jek. Memang ada macam-macam jenis produk kecantikan pelbagai jenama di jual di Toko Mahmud ni. Harga pun boleh tahanlah … cuma tak larat nak berpusu-pusu pilih barang. Aku jadi pusing donggg!!

Moon cari barang-barang make up dialah. Make up artistlah katakan … hehehe … Aku beli scrub muka dan badan cap Sari Ratu je. Bolehlah dari tak beli apa-apa kan …

Alamat Toko Mahmud :-

Pasir Kaliki Jl. Mahmud No.8, Pamoyanan, Cicendo, Kota Bandung, Jawa Barat 40218, Indonesia

Waktu perniagaan : 8.00 pagi – 6.00 petang

Seterusnya, kami ke Jalan Riau. Jalan Riau terkenal dengan factory outlet. Tapi kalau tanya aku best ke idak FO Jalan Riau ni? Biasa-biasa jer. Harga pun lebih kurang Malaysia. Kualiti pun biasa jer. Tapi!!!sapa ada anak kecik memang giler sebab baju budak-budak cecantik.

Untuk pengetahuan, Grande di Jalan Dago sudah tutup. Sedih giler kot. Bila tengok FO di Jalan Riau macam tak best, Jalan Dago pun kami pangkah takyah singgah. Terus kami ke Rumah Mode.

Tak banyak pun membeli. Harga baju di Rumah Mode pun agak mahal.

Pastu singgah Collector Parfume depan FO Oasis, Jalan Riau. Nak beli parfume stok 5 tahun … hahahaha …

Hambik ko!!! buat stok 5 tahun. Rugi beli yang ori. Sekarang kena jimat cermat …

Tips : Dah beli banyak botol parfume ni kenalah ada cara nak simpan. Takut pecah pulak botol nanti. Korang kena letak botol perfume ni dalam gulungan baju bagi mengelakkan botol pecah nanti. Letak dalam bagasi tau. 

Selesai parfume … singgah cari makan malam pulak. Kami decide tapau je untuk dinner ni. Walaupun belum malam, kami nak check in hotel dulu. Nak rehat-rehatkan kaki sebab esok lagi mencabar jalannya … hahahaha …

Kali ni kami nak cuba makanan Bandung yang tak pernah kami cuba, jadinya kami cuba Martabak San Francisco yang tengah ngetop di Bandung.

Inilah kiosk Martabak San Francisco. Kiosk yang Mas Iga bawak ni berdekatan Jalan Riau.

Ralit tengok bro ni buat martabak. Di Bandung, dipanggil Martabak Manis. Kalau kat Sungai Buloh kita panggil Apam Balik. Kemain manisnya aku tengok termasuk tukang buat 🙂

Mesti cuba jika ke Bandung!

Martabak Special Sapi San Francisco. Rangup. Padat. Isi tebal. Harganya pula 115,000 rupiah jer. Agak mahal tapi berbaloi sebab sedap giler.

Siap tapau martabak, kami langsung minta dihantar ke hotel. Tak sabar nak lunjur kaki ni … hehehehe …

Fave Hotel Braga Bandung

Rupa-rupanya Fave Hotel ni bersebelahan je ngan Aston Braga (hotel yang pernah aku nginap tahun 2012). Fave Hotel ni bersebelahan dengan shopping mall. Tapi shopping mall biasa-biasa je …

Fave Hotel Braga, Bandung (Pinjam gambar mas google:))

wahhhhhh!!! pinky kaler gitew …

Selesa, bersih, kemas. Memadai buat kami berdua …

Bilik Fave Hotel. Shower ada kat sebelah. Toileteris cuma ada berus gigi jer. Nak lain kena caj.

Selesa sangat walaupun dapat bilik paling hujung. Bila nak tidur kami tak tutup tv pun … hahahahaha…

Kafeteria untuk breakfast. Dekorasi menarik. Makanan macam biasalah …

Cool kan?

Bilik spa di Fave Hotel. Balik shopping boleh urut kaki …

Hasil borongan hari pertama 🙂

Memang saya rekomenkan Fave Hotel Braga, Bandung ni jika korang ke Bandung. Selesa dan berbaloi. Ada wifi termasuk dalam bilik.

Harga penginapan di Fave Hotel, Braga Bandung untuk 2 malam ialah : –

 938,561.37 rupiah (RM308.50)

bersambung …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge