Travelog : Jalan Asia Afrika & The Stone Cafe, Bandung (Part 4)

Masih di hari kedua …

Selalunya kalau pegi mana-mana tempat, aku suka cari tempat makan best. Macam kat Bandung ni, taknaklah cuba tempat yang dah pernah makan. Kali ni, aku nak cuba tempat makan baru. Jom!!!

Cosplay Jalanan di Jalan Asia Afrika, Bandung

Dalam perjalanan menuju ke tempat makan makan kitaorang tu, Mas Iga Igol (baru tau ejaan nama driver kitaorang kat dalam FB wife dia … tapi sebut Ige …hehehehe) memberitahu kami tempat tarikan baru di Bandung. Kata Mas Igol, di sepanjang Jalan Asia Afrika, terdapat ramai artis jalanan yang memakai kostum yang menyerupai watak-watak seperti dalam filem-filem terkenal hollywood dan indonesia.

Memang kami tak lepaskan peluanglah … cepat-cepat suruh Mas Igol berhentikan mobil.

Kat situ, korang boleh berselfie dengan pelbagai watak yang memakai pelbagai kostum. Lepas selfie jangan lupa bagilah sedikit tip pada mereka. Tabung memang disediakan. Paling best, nak ketip gambar berapa banyak pun dorang memang sporting.

Akak Kembang memang takleh nengok buku … tiba-tiba bajet jadi ulat buku pulak.

“Dan Bandung bagiku bukan cuma masalah geografis, lebih jauh dari itu melibatkan perasaan, yang bersamaku ketika sunyi” – Pidi Baiq

Kebanyakan jalan di Bandung macet sebab ada pembaikan jalan raya di sana.

Kebetulan tema kami serupa … hehehe

Comel kan 🙂

Bangga Micky Mouse dapat possing ngan Akak Kembang kan … hehehe …

Sejenis Superhero yang aku tak tau namanya … hahahaha

Superhero comel …

Nasib siang … tak takut sangat ngan Cik Ponti …

Cik Ponti yang bernama Suketie Binti Suzhana … seramm mehhh!!! 

Pari-Pari comel …

Pari-Pari vs Paru-Paru

Nak jadi Superwoman, kostum plak tak bawak … hehehe …

Mas Igol bilang lagi, jika malam hari lagi banyak cosplay yang ada. So, kami decide nak pi makan dulu. Nanti malam singgah lagi. Memang sporting Mas Igol ni melayan kami … hehehehe …

The Stone Cafe, Bandung

Agak terkenal di Bandung buat kaki makan. Kedatangan kami diiringi hujan renyai-renyai. The Stone Cafe terletak di atas bukit. Tak sangka Bandung ada tempat makan cool camni.

Korang boleh pilih tempat makan ikut pilihan hati. Terdapat banyak kategori ruang makan. Aku memilih ruang di atas seperti gambar yang aku pinjam dari mas google 🙂

Pilih tempat makan bersila … boleh baring-baring kan … hehehehe …

Appetizer pilihan kami iaitu sejenis tahu yang digoreng (lupa nama apa). Rasanya memang sedap bangat dong!
Paksa adik Moon makan beef grilled … sebab aku nak makan nasik. Laparrr …. Air Sirsa (Durian Belanda) memang sodap gilakkk!! Dah lapar semua sedap kan …

Disebabkan baru lepas hujan, maka tak dapatlah tengok view Bandung malam tu. Tertutup dek kabus.

Nak dengar citer tak? Masa kami tengah makan, ada geng belakang kami tu yang aku bajet maybe cha-nya-nun-alif negara jiran … tengah borak-borak. Sekejap dengar Malaysia … sekejap dengar Sungai Buloh … aku syak mesti cerita Mat Pekan kot … Semalam uncle kedai baju tu tanya pasal Mat Pekan gak … malu weiiiii …

Kalau tunggu lama sikit, ada live band kat The Stone Cafe ni … disebabkan dah gelap … kami pulang jelah dulu. Nak susun barang-barang lagi.

Sebelum dihantar ke hotel, Mas Igol bawak kami ke Jalan Asia, Afrika sekali lagi. Ingatkan dia lupa … hehehehehe … tu yang bagusnya supir kami dari Pakej Supir Murah Bandung

Sambung mencari Sundal Bolong dan Amukan Pocong … hehehehe …

Memang malam tu aku tak lena tidur dok terbayang 2 hantu ni … kekekeke …Suria Perkasa Hitam … Eh! betul ke? hahahaha …
Mother of the Ghost … apa nama hantu ni ntah … aku ingatkan perempuan rupanya lelaki … hehehe …

Hantu ni sopan jer … nak amik gambar siap cakap maaf ya … takut terpegang bagai agaknya …

Habis segala cosplay aku terjah … masa untuk beradu pulak walaupun baru jam 7.30 malam.

Mall di Fave Hotel Braga Bandung …

Waktu balik, Mas Igol hantar kami ikut pintu depan Fave Hotel. Memang happening di sepanjang jalan Fave Hotel ni. Semuanya bakal merobek dompet kami … hehehehe …

Letak barang dalam bilik, kami turun semula. Bila malam memang ramai orang menjual kat lobi mall Fave Hotel ni.

Kuar jenjalan kat luar … tetiba brader ni tanya :

“Kakak kalo minum susu rasanya apa?”

Aku ngan Moon tercengang jap. Nak try lawak solo ke brader ni. Nasib baik muka dia innoncent giler.

“Rasa susulah dek non…” “Saya jualnya susu rasanya cokelat kak … boleh beli 20,000 rupiah ajaaa”

Ooooooo …. nak jual susu rupanya. Bagus marketing brader ni. Disebabkan dia jual sambil buat charity aku pun trylah satu sebab adik Moon memang tak minum susu.

Memang susu brader ni jual rasa cokelat … hehehehe …

Hasil borongan hari kedua … masa untuk mengemas …

Ok bai … sambung lagi nanti …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge