Travelog : Bandung (Last Part)

Hari ketiga di Bandung …

Bila hari terakhir ni memang lenmacam sikit feelingnya. Rasa sedih ada, rasa tak sabar nak makan roti canai pun ado 🙂

Semua beg dah siap kami bawak turun ke lobi hotel. Terus check out sebab nanti tak kelam kabut sangat.

Bai-bai Fave Hotel. I suka stay sini. No complaint. Best.

Kemudian, kami dibawa ke satu kedai/rumah yang jual pelbagai kain sulam. Kain sulam memang takde dalam list aku pun kali ni. Tapi Mas Igol sudi bawakkan kami tadah jelah …

Kedai M Collection kalau tak silap nama kedai ni. Nak cari kain sulam atau kain telekong memang banyak kat sini. Harga? Biasa je … Dah takde kain sulam yang berharga 100,000 rupiah sekarang ni.

Rambang mata tengok kain sulam di sini … bertimbun-timbun

Dok fikir-fikir nak beli ke tidak? Akhirnya adik aku je yang beli …

Ruang atas ada telekong dan baju sulam

Cihemplas

Kemudian, kami singgah ke Cihemplas. Dah lain suasana sekitar Cihemplas ni. Nasib baik kami tak stay hotel area Cihemplas. Memang dah tak best. Dah takde patung-patung besar. Jalan sesak.

Macet sini sana. Rasa tak selesa nak jalan. Mas Igol bagitau, kawasan Cihemplas sedang dinaik taraf. Dorang tengah buat Sky Walk. Nanti bila siap, pejalan kaki boleh ikut Sky Walk. Begitu juga dengan semua peniaga akan meniaga di Sky Walk tersebut. Mesti best masa tu kan … Tapai ubi yang popular di Cihemplas. Tapi tak berani nak beli sebab dijual open sangat. Takut sakit perut plak nanti.

Takde apa pun nak beli kat Cihemplas ni. Cuma kami sempat tukar duit lagi sebab nak beli kiriman orang kampung 😆

Nota : tukar duit Malaysia di Bandung agak rugi … matawang kita sikit jadinya … malu ai tau …

Dah tukar duit … Yok! sambung shopping!!

Flight kami delay dari pukul 4.40 petang ke 7.40 malam. Macam tau-tau je tak cukup masa buat kami kennn … langsung dibawa kami ke Pasar Baru semula …

Kali ni Mas Igol turunkan kami di hadapan pintu masuk Pasar Baru. Di luar Pasar baru nipun penuh orang meniaga. Tapi Mas Igol berpesan supaya berhati-hati …

Mencari ole-ole buat orang kampung. Pilih je apa nak dibeli ..

Salah satu kedai telekong yang berpatutan harganya. Harus diingatkan, sebelum bayar, cek dulu semua barangan yang anda mahu beli. Takut salah bagi pulak cam kami  😕

Boleh cari bro berdua ni kat kedai Ly Collection. Dia kata sebelum kami datang ada pelakon dari Malaysia baru singgah. Akak pun cakaplah akak pelakon … dia tak caya plak … wakakakaka … (akak pelakon drama tamil 🙂 memanglah dia tak kenal … kekeke)

Masa masih panjang tapi duit rupiah makin tipis, tak lama pun kami kat Pasar Baru. Mau cari makan pulak.

Mas Igol tanya kami mahu ke Rumah Belacan?

Yang adik aku ni punyalah lurus bendul menjawab :

“Tak maulah bang … bawak belacan nanti busuk pulak flight..”

Aku gelak-gelak tahan perut. “Bukan jual belacan … nama kedai makannya Rumah Belacan ….” kekekeke … lurus bendul adik aku ni. Kat sini kedai dorang panggil rumah …

Rumah Belacan

Sebelum ni tak penah pulak aku tau pasal Rumah Belacan ni. Haruslah cuba kan … Inilah kawasan Rumah Belacan. Memang sepanjang hari asyik hujan jek … macam menangisi kepulangan kami … kekeke …

Antara menu makanan di Rumah Belacan.

Rasa tenang dan nyaman je kalau makan kat Rumah Belacan ni …

Duk sini seminggu mau makin mengembanglah hakak … semua makan sedap-sedap belaka … tak cuba menyesal nanti … kekekeke ..

Menu pilihan kami. Nasi Goreng lupa namanya … hehehe … makan berdua tak sampai 100,000 rupiah. Memang sedap dan terbaik …

Thanks hakak tolong snapkan gambar kami …

Lepas makan, kami terus di bawa ke Kartika Sari. Menghabiskan saki baki duit rupiah yang ada.

Adik Moon memborong kek kesukaan dia. Kami beli juga ole-ole buat Mas Igol sebagai tanda terima kasih sudi layan karenah kami 🙂

Lepas singgah Kartika Sari, ingatkan nak singgahlah tempat menarik lain sementara nak menunggu 3-4 jam lagi. Tapi hujan masih lebat. Sudahnya, kami suruh je Mas Igol hantar kami ke lapangan terbang terus. Awal 5 jam kot kami kat situ … hahahaha …

Tujuan sampai awal di aiport Bandung adalah misi mengemas beg. Risau sebenarnya dengan berat beg kami. Bawak penimbang … 10 kali timbang makin berat pulak … huhuhu …

Ingatkan kami je menggelabah … rupanya ada sekumpulan geng yang datang sama kami … balik pun sama kami siap bersila memunggah beg lagi kat airport tu …Nak wrapping beg pun boleh. 1 beg harganya 55,000 rupiah.

Rupa-rupanya bila dah timbang, 3 beg kami tak sampai 60 kg pun. Padahal masa timbang manual dah dekat over rasanya … hahahaha .. menggelabah je kan … kalau tau boleh sopping lagik …

Nota : Kalau korang agak-agak beg lebih muatan ke … korang terus je masuk dalam airport Bandung tu … lepas check in dengan pihak kastam Bandung korang pi belah kanan. Kat hujung sekali tu ada timbang. Boleh tumpang timbang dulu … Alhamdulillah, pihak kastam Bandung tak kacau pun …

Nota : Untuk makluman, tiada tax di airport Bandung lagi. Semua dah termasuk dalam tiket korang. Bolehlah habiskan rupiah yang ada tu ek …

Settle pasal beg baru lega. Baru boleh luruskan kaki. Lapangan terbang Bandung ni takde apapun yang menarik. Kalau nak beli buah tangan, adalah jual cenderahati dan kek.

Alhamdulillah. Touch down kat Malaysia dalam pukul 10.40 malam camtu. Aku singgah beli rokok kiriman kupu-kupu pastu baru pi cari beg. Orang lain semua dah chow … huhuhu …

Sebelum korang bertemu orang yang dirindui, korang kena hadap kastam Malaysia dulu. Seploh kalilah turun naik beg. Kastam Malaysia harap sado je tapi pemalas nak nolong …

Habis je scan beg, tiba-tiba kastam pompuan ni panggil kami. Dia mintak passport kami. Tanya kami pi berapa hari. Dia kata kami beli banyak kain pasang. Dia kata lagi kalau pi Bandung 3 hari sepatutnya boleh beli 3 pasang kain jek.

What the fish!!! Dalam hati aku kata, kalau 3 pasang baik aku beli kat Jakel je kak oiiii! Udahlah berpeluh-peluh naik turun beg. Panas je telinga aku dengar akak kastam ni.

Kami pun cakaplah ni semua kiriman orang. Dia pun mulalah bukak akta kastam dia. “Macamnilah … bayar kami RM80 boleh?” Bertambah panas hati aku weeiiii … Adik aku pun mintaklah kurang lagi … sekali dia pun bukak akta kastam lagi … sepatutnya kalau barangan camni kami boleh caj RM1k … kepala hotak korang …. suka-suki je …

Aku malas nak bertekak sebab dah malam kan. Aku tak sabar nak jumpa family aku. Aku suruh adik aku pi bayar dan dapat resit yang macam resit parking jek … Nasib baiklah semua beg aku tu berwrapping … kalau tak mesti dia mintak selai dua tu … huhhh …

Sebelum ni, dah berapa kali aku pi Bandung ke pi mana ke tak pernah kena tahan ngan kastam. Bila diingat-ingatkan mungkin kastam KLIA2 kaki tahan orang kot. Masa LCCT dulu takde pun … KLIA pun takde … Dah rezeki kami kena tahan kan … redha jelah …

Tips aku untuk korang yang kaki shopping tu … jangan nampak sangat korang kaki shopping. Kalau pergi berdua, cuba selit-selit dengan rombongan yang ramai-ramai tu. Kalau beli kain yang sama dan kuantiti yang banyak … jangan sekalikan, letak dalam beg yang berasingan. Pastu buat muka paling cipan sekali. Kalau boleh lagi cipan dari muka kastam tu.

Ok bai ….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge