Firhan Qayyum Turns 12

Selamat hari Jadi Firhan Qayyum. Harijadi yang ditunggu-tunggu oleh Qayyum. Maklumlah … orang lain dah 12 tahun , dia harini baru nak masuk 12 tahun. Tak sabar nak buat kap pengenalan katanya … hehehehe.

Perasaan aku ni sedih ada. Suka ada. Seram pun ado. Bukan senang nak jaga anak teruna nan seorang ni. Makin besar makin banyak lemak. Makin besar makin menguji diri. Nak peluk cium pun dia dah malu.

Hai lah anak. Cepatnya kamu membesar. Dan nak masuk alam remaja dah adik Qayyum. Seramnya …

Doa Mama sejak 6 tahun lepas adalah sama setiap saat. Moga Allah berikan adik Qayyum kekuatan yang kebal. Moga Allah beri adik kesihatan yang lebih baik. Moga Allah berikan adik kaki yang makin gagah. Moga Allah pulihkan kaki adik. Moga adik jadi pelajar yang cerdik. Moga Allah jadikan adik anak yang soleh. Yang dapat berbakti pada agama dan negara. Moga bila dah besar nanti, adik dapat bawak Mama travel sesamer. Amin.

Mama, Babah, Kakak dan semua Love you from the moon the back 🙂

Dari,

Mama

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge