Travelog : Bandung & Jakarta 2017 (Last Part)

Hari ke 4 … hari terakhir di Jakarta.

Harini agenda kami ke Mangga 2 jer … nak ke Masjid Istiqlal ke Monas ke semua terkubur akibat jalan raya di Jakarta.

Kat Jakarta Grab Motorsikal pun ado. Kalau kat Malaysia ada mesti best kan …

Bila dah sampai Mangga 2, maka sessi menghabiskan saki baki rupiahlah kami di Mangga 2. Mangga 2 tetap macam dulu. Sama je aku tengok.

Mula-mula tu tak tau nak beli apa. Akupun menghabiskan duit beli seluar ngan baju anak je. Last kopek borong beg.

Mekasih buat driver-driver hakak yang ganteng-ganteng. Memang tip top servis dari dorang ni …

Sapa nak cari supir murah di Bandung, boleh contact :-

FB Supir Bandung : Pakej Supir Murah Bandung

Whatsapp : Pak Angga +6285624983033

Perkhidmatan wrapping bagasi disediakan di Lapangan Terbang Soekarno-Hatta. Satu beg cuma 50,000 rupiah (RM16.++).  

Wefie sebelum check in beg …

Ramai yang terkejut bila tengok beg Akak Kembang. Siap Kerol cakap, hari itu dalam sejarah bila hakak bawak balik satu beg jek … Hahahaha! silalah percaya. Aku pi bawak dorang ni melancong jer kali ni. Lagipun aku kan baru balik Bandung … so takde membeli sangat kecuali kiriman orang je. 

Dengan konpiden kami menyusun bagasi masing untuk ditimbang sekali ‘lump sum’ … rupa-rupanyaaa …

PENGALAMAN TERBANG DENGAN KLM ROYAL DUTCH AIRLINES BUAT PERTAMA KALI

Bos aku syorkan kami balik dengan pesawat KLM Royal Dutch Airlines dari Jakarta. Bolehlah merasa tumpang kapal terbang Belanda … hehehehe …

Sampai di Jakarta Airport , kami terus ke kaunter KLM untuk check in beg bagasi. Sebelum tu kami dah check in melalui web check in dan dah tahu tempat duduk masing-masing.

Jika kelas ekonomi, korang dibenarkan masukkan beg dapal perut kapal 23kg dan HANYA 1 BEG je boleh masuk dalam perut kapal. Walaupun korang datang rombongan tetap 1 beg sahaja. Jika beg korang ada 4 sekalipun tapi hanya 10 kg korang tetap dibenarkan bawak 1 beg sahaja. Memang syarat dan prosedur KLM begitu.

Jenuhlah kawan-kawan kami yang ada lebih 1 beg tu …. Nasib baik macam aku kana da satu beg je…sapa yang lebih beg tu boleh tumpeng Abang Kembong punya. Mana yang lebih-lebih tu, kami satukan dalam beg besar.

Sementara tunggu pintu gate dibuka, kami makan maggi dulu buat alas perut.

Layan Teh Botol dulu …

Muka tak sabar nak sampai Key elll ….

Pintu gate kami untuk pesawat KLM 🙂 Flight kami jam 7.25 malam dan dijangka sampai ke Malaysia jam 10.30 malam waktu Malaysia.

Pergi dan balik duduk berasingan ngan Abang Kembong … takde hal punya …

Naik KLM disediakan bantal. Baru syok nak landing. Tapi aku tak tidur pun. Layan movie korea sambil dijamu makanan ringan yang disediakan oleh KLM.

Alhamdulillah. Kami sampai di Malaysia tempat waktunya. Bila dah sampai airport ni mulalah rasa saat yang paling digeruni. Hahahahaha … takut tak lepas imegresen. Tapi luar jangkaan … semuanya berjalan lancar. Pegawai Imegresen di KLIA sangat bagus (mungkin nasib aku baik haritu berbanding masa KLIA). Cuma beg yang diwrapping sahaja dorang scan. Kawan-kawan yang lain pun lepas dengan senang dan tenang. Tiada sessi umpan mengumpan berlaku disini. Syukur.

Ini sahajalah pengalaman aku travel ke Bandung dan Jakarta. Panjang umur … murah rezeki bolehlah pergi lagi. Terima kasih pada semua geng opis. Ada yang pengalaman berkali-kali travel bersama. Ada yang baru pertama kali travel bersama.

6 thoughts on “Travelog : Bandung & Jakarta 2017 (Last Part)”

  1. sama gak macam flight Peach (Korea to Japan). hanya 1 bag.
    even paper bags pun depa berkira2 tau.
    tak boleh sembarangan.
    cam ne boleh dpt naik KLM tu ye Alin.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge