Tempat Makan Best Di Bandung

Assalamualaikum …

Kisah ini adalah kesinambungan dari Travelog Bandung & Jakarta Akak Kembang 🙂

Sebenarnya banyak tempat makan yang syok lagi sedap malah murah di sekitar Bandung & Jakarta. Samada kena atau tidak je ngan tekak kita.

Kedai makan atau disebut Rumah Makan oleh orang Bandung di sekitar Bandung semakin cantik dan hipster (betul ke ayat ni).

Dengan dekorasi dan makanan yang cantik dan sedap bisa menarik hati pelanggan berkunjung buat pertama kali malah berkali-kali.

Ada beberapa Rumah Makan yang tengah ngetop yang aku memang suggestkan buat pengunjung yang tercari-tercari Tempat Makan Best di Bandung.

Warung Suluh

Glamerlah muka Firman ni … hehehe …

Warung Suluh ini direkomenkan oleh supir kami Mas Angga. Tak sia-sia kami menjamu selera disini. Memang grand sangat kedainya.

Lihat dari luar jer dah cantik yaamat dekorasi Warung Suluh nie. Bila masuk lagilah boleh buat korang tertawan dan terus kenyang … hahahaha!

Sapa giler bergambar memang sesuai sangat berkunjung ke Warung Suluh ni. Memang hipster habis! Lepas tu tak payah aircond pun sebab dah rasa nyaman je ..

Menu dan harga di Warung Suluh. Jangan risau harga sangat berpatutan. Konsep aku kalau pi travel nak makan sedap-sedap dan tempat cantik 🙂

Makanan dan minuman juga banyak pilihan. Cuma jangan cari roti canai & nasi lemak dahlah ek … memang tiada di Warung Suluh ni.

Nasi Liwet Teri & Nasi Liwet Ayam Jamur pilihan aku dan Abang Kembong.

Aku suka sangat dekorasi Warung Suluh ni. Dah macam rumah nenek kita dulu-dulu.

Semuanya antik …

Di atas ini juga ada ruang makan. Aku tumpang tangga pun jadilah …

Suka bangatlah …

Kaunter bayar pun awesome sangat nih!

Sangat rekomen jika korang ke Bandung jangan lupa singgah ke Warung Suluh. Hanya 7 minit jer dari  airport Bandung.

Alamat Warung Suluh Bandung :-

Jl. Dr. Cipto No. 8, Pasir Kaliki, Cicendo, Kota Bandung, Jawa Barat 40171, Indonesia

Seterusnya Rumah Makan kegemaran Akak Kembang ialah :-

The Stone Cafe, Bandung

Kali kedua aku makan di The Stone Cafe ni. Saja bawak kawan-kawan makan atas bukit Bandung ni. Lokasi tak jauh pun. Jika dari Paris Van Java cuma 20 minit saja perjalanannya.
Dapat lihat view Kota Bandung bila malam hari. Makan pulak atas pondok. Memang asyikkkk … akulah (akukan suka syok sendiri) yang lain syok jugak kot … kekekeke …

Menikmati makanan sambil lihat view dan selingan nyanyian dari live band yang ada di Stone Cafe.

Harap kawan-kawan aku gembira walaupun muka memasing dah capek 🙂

Aku makan Nasi Daging Blackpepper Stone lagi. Sedap yaamat!

Kalau korang suka keasyikkan. Suka ketenangan. Suka kelainan. Suka suka … boleh try makan di The Stone Cafe Bandung ni. Selain makan korang dihidangkan nyanyian live band yang superb dan sporting.

Alamat The Cafe Stone Bandung :-

Jalan Raya Ranca Kendal Luhur No.5, Gerbang Dago Resort Dago Atas, Dago, Coblong, Ciburial, Bandung, Jawa Barat 40198, Indonesia

Next, jika korang ke Kawah Putih, Ciwedey (wajib pergi hokey!) … bolehlah singgah makan di Saung Gawir. Makan sambil hadap sawah padi beb!

Saung Gawir

Ada beberapa list tempat makan yang best di sekitar perjalanan ke Kawah Putih ni. Semuanya menghadap sawah padi. Tapi aku pilih Saung Gawir.

Geram jer tengok permandangan sawah padi kat sini. Cantik kot!

Saung-saung dan ruangan makan di Warung Suluh pun cantik sangat. Pilih je nak makan bersila atau duduk atas kerusi.
Disebabkan kami tak sempat booking di Warung Suluh ni, maka terpaksa makan di bahagian cafe Warung Suluh tapi still bahagia 🙂

Makanan paling sedap. Ayam sambal hijau Warung Suluh. Tak cukup weiiii!!!

Selain makan, korang boleh possing kat sekitar Saung Gawir ni. Memang awesome & best!

Alamat Saung Gawir :-

Jalan Raya Ciwidey – Rancabali KM. 6, Alamendah, Rancabali, Kabupaten Bandung, Jawa Barat 40973, Indonesia

Kampung Daun

Kampung Daun ni juga salah satu tempat makan yang wajib singgah jika ke Bandung. Sapa suka tempat yang nyaman boleh cuba di Kampung Daun. Ada air terjun tapi takleh mandilah … perjalanan mengambil masa selama sejam jika dari pusat bandar Bandung.

Hujan rintik-rintik perut bergelora pulak. Memang sedap makan sambil dengar deruan air terjun 🙂

Jika waktu siang lagi cantik gambar. Maklumlah pakai henpon cap ayam je … gambar gelap gelita. Tupun jenuh cerahkan …

Alamat Kampung Daun :-

Villa Triniti, Jalan Sersan Bajuri KM. 4,7, Cihideung, Cigugur Girang, Parongpong, Kabupaten Bandung Barat, Jawa Barat 40154, Indonesia

Pastu aku nak tambah satu Tempat Makan Best di Jakarta 🙂

Bandar DJkarta (Hidangan Laut)

Jika ke Jakrta, rumah makan best yang wajib korang singgah  ialah Bandar DJakarta. Restoran makanan laut yang terkenal di Anchol.

Sapa suka makan seafood boleh try ke sini. Memang cepat! Sedap! dan berpatutan harganya.

Terus kenyang tengok makanan depan mata. Sebelum makanan ni siap, korang kena pilih jenis ikan ke sorong ke ketam ke di bahagian lauk pauk dorang. Pastu pilih jenis masakan pulak.

Alamat Bandar DJakarta :-

Taman Impian Jaya Ancol Pintu Timur, Jl. Kawasan Wisata Ancol, Ancol, Pademangan, Jakarta Utara, DKI Jakarta 14430, Indonesia

Sekian sahaja dari Akak Kembang yang melaporkan Tempat Makan Best di Bandung & Jakarta secara percuma 🙂

5 thoughts on “Tempat Makan Best Di Bandung”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge