Meeting Trip GCP 2017

Lama tak makan-makan ngan Geng Sekolah. Pastu trip tahun ni terpaksa di kedepan kan (apalah tatabahasa aku nikan) memandangkan beberapa factor.

Satu perjumpaan telah diadakan (skema plak ayat aku ni). Macam biasa kami buat port luck dan tempat adalah di Villa Lyzam a.k.a Datin Oren 🙂

Menu yang aku masak ialah Sambal Ayam Cili Padi Meletops!

Tema kami Pink! Sporting Dato Oren pakai baju pinkish 🙂

Antara menu yang geng aku masak. Mona bawak Asam Pedas Ikan Pari, Iwan bawak Ikan Siakap 3 Rasa, Shikin bawak Pizza, Fita bawak Puding Oreo Tersedap, Ijue bawak brownies sedap dan tuan rumah masak sambal kentang.

Sementara tunggu yang lain datang …

Bila dah datang apalagi … serbu makananlah … lapar. Dahlah sedap. Hancus diet aku …

Tak ramai dapat join terutama Puan Bendahari kami tiba-tiba ada hal yang perlu diselesaikan. Maka tinggallah kami 8 keluarga je yang join perjumpaan kali ini.

Nak meeting ke makan ni …

Antara tempat cadangan yang dipilih …

Meeting trip dimulakan selepas semua orang kenyang .. kekeke … Banyak tempat dan negeri jadi pilihan sampai tak tahu mana satu nak pergi sebab semua tempat best.

Keputusan telah dibuat dan dibincangkan. Destinasi dan tempat sudah dipilih sebulat suara. Semoga dipermudahkan urusan kami Geng Copy Paste kelak.

6 thoughts on “Meeting Trip GCP 2017”

  1. waaa..seriusss best!
    syoknyer still keep in touch dgn geng sek lama.. siap plan cuti sama2…
    rindunya kawan2 zmn sekolah dulu…

    marvelesssss nampak masakan akak…

    ***kak.. klo bln 11 in shaa Allah ok lg klo nk bercuti sebelah sini.. tp kdg cuaca x menentu skarang.. mcm bru ni..bln 11-12 ok jer.. masuk bln 1 dia start hujan lebat..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge