Tips Penyediaan Bekal

Chakkk!!! Assalamualaikum …

Lama tak menulis. Mood ke laut sokmo. Lagipun otak tepu sampai tak tahu nak tulis apa dah. Tapi nak tulis jugaklah … hehehehe …

Kali ni Akak Kembang nak share sikitlah pasal Projek Bawak Bekal. Yang benar, Akak Kembang bukanlah seorang yang rajin sesangat memasak ni. Projek Bawak Bekal tahun lepas berjaya menten takat 4 bulan jer. Pastu ke laut sudah … huhuhuhu … tu yang malas nak ceriter tu …

Tahun ni pulak bulan 3 pun tak habis lagi ni … tapi still gigih bawak bekal untuk diri sendiri, anak dan suami jugak. Ada yang tanya, pukul berapa bangun? Pukul berapa masak? Tak penat ke? Tak boring ke? Sedap tak?

Bangun pukul berapa ek? Tengok menu bekal. Kalau jenis berlauk macam Sambal Ayam Cili Padi … akak akan masak malam sebelum. Goreng dan buat sambal terus malam tu. Dah sejuk masuk dalam peti ais. Esoknya panaskan semula. Akak kalau satu lauk pun jadi. Cam spaghetti pun akak akan masak malam. Celur spaghetti pun buat malam. Pastu esok paginya celur spaghetti dengan air panas. Simple kan!

Kalau menu macam burger, nasi goreng, mee hoon goreng .. akak masak pepagi buta tu jugak … Pukul 5.50 atau 6.00 pagi akak bangun. 6.45 pagi baru Balqis gi sekolah.

Giler tak penat! Penat tapi puas. Giler kata tak sedap memang aku merajuk setahun lah tak masak …

Boring? Mula-mula memang malasnya … tapi kalau sehari tak sediakan bekal memang rasa bersalah terutama pada Balqis. Sedihnya muka dia bila takde bekal. Mana taknya … habislah duit belanje dia tak dapat nak simpan … bijak kan dia … hehehehe …

Meh! Akak Kembang share tips sikit untuk persediaan memasak bekal dengan mudah.

Selalunya hari sabtu atau ahad, Akak Kembang akan kopek bawang-bawang … pipih cili-cili untuk diblender. Pastu masuk dalam bekas-bekas camtu. Jangan lupa tulis nama produk. Akak malas nak bukak katup penutup bekas tu. Selalunya akak akan buat 2 bekas. Satu lagi nak letak dalam peti ais beku. Cukuplah nak guna untuk 2 minggu sekali.

Untuk haiwan-haiwan pulak, lepas beli jer terus siang dan cuci bersih-bersih. Pastu bahagi-bahagikan dan masuk dalam tippuware. Simpan dalam peti ais beku. Bila nak masak keluarkan awal-awal. Senang tak?

Sayur? hehehehehe … selalunya sayur akak timun, lobak & salad je. Kalau rajin baru goreng bayam ke sawi ke …

Tu jerlah tips yang Akak Kembang boleh share ngan korang. Tips nipun dapat idea dari member IG BebeSunita. Thanks Sis 🙂

P/S : Selalu pening kepala fikir nak masak apa. Selalunya masak lauk apa yang ada jer kat rumah. Tu yang kadang-kadang korang tengok lauk akak sama jer kan. Akak pemalassss dek non …. hehehehehe

 

6 thoughts on “Tips Penyediaan Bekal”

  1. Sama la ngan i..mana masakan macam sambal mmg buat malam..esoknya panaskan aje…senang macam tu..kalau mee goreng ke nasi goreng memang pepagi subuh tu bangun masak..bahan2 siapkan waktu malam…kena pandai plan la…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge