Thirty Eight

Alhamdulillah.

Terima kasih mak dan abah. Tanpa mak dan abah, tiadalah kakak kat dunia ini. Tanpa mak dan abah, tiadalah bahagia buat kakak. Tanpa mak dan abah, tiadalah doa buat kakak. Tanpa mak dan abah, siapalah kakak.

Terima kasih buat babah, kakak & adik. Sentiasa ada disisi Mama ketika susah dan senang. Sentiasa ada didepan mata yang selalu membuat Mama rindu. Sentiasa buat Mama tertawa dan menangis. Sentiasa buat Mama bahagia.

38.

Syukur, masih diizinkan bernafas dan meneruskan kehidupan. Bertuahkan. Ada insan tidak sempat mengecapinya.

Dua tahun lagi 40. 12 tahun lagi 50. Makin berusia. Makin beruban. Makin berkedut. Makin rabun. Makin menggelebeh (sekarang pun dah gelebeh … huhuhu). Sempatkah?

Di usia ku ini … hanya ku pohon agar diberikan kesihatan yang baik. Dijauhi penyakit yang berbahaya. Dimurahkan rezeki. Bahagia dunia dan akhirat. Tenang jiwa dan raga.

Munga cinta dari sang suami. Terima kasih atas kejutan.

Pada mak, abah, adik beradik, saudara mara dan sahabat handai yang dikenali mahupun tidak dikenali … terima kasih atas ucapan dan doa. Tiada balasan dapat saya balas melainkan mendoakan anda semua berada di bawah lindungan Allah Taala.

Ikhlas,

Akak Tua

 

2 thoughts on “Thirty Eight”

  1. Happy Birthday Akak Kembang 😉

    Moga ALLAH SWT panjangkan usia akak seiring dgn kesihatan yang baik selalu, moga dimurahkan rezeki buat akak sekeluarga dan moga akak sekeluarga sentiasa dibawah lindunganNYA. Aamiin~
    #muahciked 😉

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge