Travelog : Ho Chi Minh 2017 (Part 1)

Assalamualaikum. Sebelum otak makin tepu baik aku abadikan kenangan Percutian di Ho Chi Minh 2 minggu lepas. Ini merupakan kali kedua aku ke Ho Chi Minh City. Kali ni dengan keluarga pulak. Asalnya nak bawak mak ngan Abang Kembong jer. Tak sangka ramai pulak IB Clans. Awalnya nak pergi lepas raya tapi lewat sangat pulak katanya. Maka, aku tempahkan perjalanan 4-7 Mei 2017.

Alhamdulillah, tercapai juga wishlist dari 2016 nak bawak keluarga pi holiday ober the sea … hehehehe …

Tercapai jugak hajat mak nak bercuti ke Ho Chi Minh. Abah memang taknak ikut kalau tempat shopping ni. Adik Moon bawak Zara sorang je.

Kami sampai KLIA2 lebih kurang jam 3 pagi. Awal 4 jam dari waktu penerbangan kami jam 7.05 pagi. Kami takΒ nak tanggung risiko, lebih baik sampai awal dan bertapa di KLIA2 je.

Alhamdulillah, segala urusan di KLIA2 dipermudahkan. Tak payah nak beratur panjang untuk timbang dan ukur beg pun haritu.

Rombongan Akak Kembang seramai 16 orang πŸ™‚

Sebenarnya buang karen je bawak budak berdua ni … hahahaha. Dorang mana reti shopping … reti habiskan duit den jer πŸ™‚ Next time murah rezeki Mama bawak jauh sikit ye.

Penerbangan dari Kuala Lumpur ke Ho Chi Minh mengambil masa 2 jam. Alhamdulillah, 8.05 pagi (waktu Vietnam) kami selamat sampai di Lapangan Terbang Tan Son Nhat.

Semua cari tandas dulu sebelum check in passport di kaunter imegresen Vietnam. Perlu diingatkan, tandas di airport Vietnam takde air dalam tandas ek.

Tips di airport Vietnam : Sila bawa botol kosong atau tisu basah masih memudahkan penjirusan hadas kecil ataupun hadas besar πŸ™‚ Air ada di sinki sahaja.

Lepas pemeriksaan passport oleh Imegresen Vietnam yang terkenal dengan muka antigonis dorang, korang turun ke bawah untuk ambil bagasi dan keluar terus dari airport.

Kali ini, kami sepakat nak naik bas jer dari airport Vietnam. Pengalaman lalu membuat aku lebih berhati-hati selaku ketua rombongan. Pertama kali dulu sampai di Vietnam aku naik teksi Vinasun Tipu. Kalau korang nak naik teksi, pastikan teksi ada tulis Vinasun, driver teksi Vinasun pakai baju putih dan bertali leher merah. Sila sebut ‘use meter’ jugak. Yang aku kena tipu tu driver teksi cuma tunjuk kad yang kunun-kunun memang dia driver teksi Vinasun. Pastu van yang aku naik tu pun takde tulis apa-apa macam kereta sapu jer. Sah! memang kami kena tipu !!! Jadi, berhati-hati buat korang yang pertama kali ke sana.

Cara Naik Bas dari airport Vietnam : –

Apabila korang keluar pintu airport Vietnam, korang terus belok ke kanan. Kalau nak naik teksi Vinasun, belok ke kiri. Lepas tu korang akan nampak kiosk Burger King paling hujung sekali. Dah nampak Burger King, depan Burger King korang akan nampak bas no. 152. Kalau tak nampak, tunggu jer depan Burger King tu. Dari bacaan aku kat blog-blog, aku bayangkan jauh jugaklah stesyen bas ni dari airport, rupanya tak sampai 5 minit jalan dah nampak bas no. 152 tengah tunggu penumpang. Aku rasa lagi konpiden sebab nampak 2-3 orang mamat Malaysia naik bas yang sama. Bila tunjuk gambar Ben Thanh kat pemandu bas, dia angguk-angguk suruh masuk. Memang satu bas IB Clans yang konker … ngeeee. Tambang naik bas cuma 5,000 dong jer seorang (RM1.00 jer). Jika korang bawak beg luggage yang besar, dia akan caj extra 5,000 dong lagi. Naik teksi mungkin caj 160,000 dong (RM32.00).

Sebelum naik bas, buatlah tukaran wang kecil terlebih dahulu. Bukan apa, takut tak dipulangkan baki. Macam aku, aku bayar untuk 16 orang sekali, bagi 100,000 dong, dia pulang balik sebab Abang Kembong dok hulur tangan mintak baki … hehehehe. Terpulang pada korang samada nak naik teksi atau bas. Pilihan ditangan anda πŸ™‚

Lebih kurang 30 minit, kami sampai di stesyen bas paling akhir. Tercari-cari bulatan depan Ben Thanh Market yang ada kuda tu. Tak jumpa pulak. Rupanya tengah buat construction area bulatan tu. Nasib baik tanya orang Vietnam yang faham. Dia tunjukkan laluan nak ke Ben Thanh kepada kami. Jalan dalam 10 minit jugak menuju Hotel Saigon Pink 2 di Malaysian Street. Akhirnya sampai jugak kami di hotel. Lega.

Tips Bercuti di Vietnam : Jika korang melancong ke Vietnam bersama orang tua dan kanak-kanak, Akak Kembang cadangkan lebih baik korang ambil teksi dari airport Ho Chi Minh ke Ben Thanh. Takut ada yang tak larat nak jalan nanti walaupun dekat jer dari stesyen bas akhir menuju ke hotel. Kalau naik teksi, dah tentu turun depan-depan hotel.

Sampai hotel dah, tapi masih awal untuk check in di hotel. Waktu check in hotel di Vietnam adalah pukul 12 tengahari. Aku tanya gak boleh check in awal tak, malangnya tiada bilik ketika itu. Kami tinggalkan beg di hotel dahulu dan makan terlebih dahulu di kedai makan halal Haji Osman. Lepas lepak lama-lama kedai makan tu aku tanya balik hotel samada ada kekosongan atau belum (walaupun belum waktu check in lagi). Alhamdulillah. Bilik untuk family dan boleh masuk. Yang takde bilik tu tumpang-tumpang dulu.

Saigon Pink 2 Hotel

Family Room untuk 4 orang. Bilik memang besar. Boleh muat 5 orang kot. Perabot semua antik belaka.

Bilik disediakan tv, peti ais mini, hairdryer & kettle. Seterika tidak disediakan di Saigon Pink 2 Hotel ni ek. Kalau korang nak iron baju atau tudung, boleh panggil housekeeping hotel. Caj nak iron sehelai baju @ tudung ialah 10,000 dong (RM2.00). Kalau kedekut, sila bawak iron sendiri atau tudung takyah gosok … kekekeke …

Lepas solat dan sebagainya, kami terjumpa sorang akak yang menginap di hotel yang sama, dia suggestkan kami pergi cari barang di tempat-tempat tertentu yang mana harga dan kualiti lagi bagus. Siap tunjukkan arah kedai lagi. Thank you akak πŸ™‚

Apalagi!!! Jom serbu!!!

Rohani Collection

Kedai pertama yang kami serbu ialah Rohani Collection. Terletak di seberang Ben Thanh Market. Korang perasan tak mamat dalam gambar ni macam Zizan Razak. Dia sendiri yang ngaku … kitaorang kata sama tapiiii tang idong lah …. hahahaha … terus dia malu πŸ™‚ Kitaorang panggil dia Zizon …. memang pandai cakap Melayu walaupun ada pelat-pelat. Dia orang Champa katanya.

Borong jangan tak borong. Memang kami je yang konker kedai ni … hahahaha …

Masa ni anak dara aku je yang ikut. Abang Kembong & Qayyum mentido kat hotel. Boringgggg … huhuhuhu …

Habis shopping di Rohani Collection, aku bawak dorang masuk Ben Thanh Market pulak. Dah pesan awal-awal, dalam Ben Thanh ni panas yakmat! Pastu pesan lagi, kalau taknak beli barang jangan tanya lelebih nanti kena marah ngan peniaga sana. Kebanyakkan peniaga dalam Ben Thanh ni memang garang-garang belaka. Kalau tanya jer pastu tak nak beli nanti korang kena marah. Ada gak kena sedebik. Kalau tak sabar memang boleh gaduh. Tapi tak semua peniaga camtu. Ada je yang baik budi pekertinya.

Ben Thanh Market

Inilah rupa sebahagian dalam Ben Thanh Market. Sila jaga mata anda terutama kaum lelaki ek …

Tempat pertama aku bawak mak ngan makcik-makcik aku. Kedai jual lapik meja dalam Ben Thanh. Giler memborong mak ngan makcik-makcik aku ni. Malaysia mana dapat harga murah ni. Kedai jual lapik meja ni memang rekomen sebab peniaganya tak marah-marah. Dulu masa pestime gi … kedai ni gak aku singgah. Jangan tanya alamat kedai ni sebab aku lupa amik bisnes kad dia … huhuhu …

Tips Shopping di Vietnam : Kalau korang ternampak barang yang berkenan di hati, terus beli jer. Jangan ditahan-tahan sebab nanti berpinau korang nak cari kedai tu balik. Tak payah nak cari sangat kat Night Market dorang sebab tak semua dalam Ben Thanh ni di jual di Night Market dorang. Macam kes makcik aku, jumpa orang Malaysia kata kat Night Market lagi memurah lapik meja, sekali pergi rupanya pattern dan material lain. Nasib baik sempat singgah kedai lapik meja dalam Ben Thanh tu. Kalau tak menyesal tak sudah … hehehehe.

Mak ngan makcik-makcik aku dah kepanasan dalam Ben Thanh tu. So, kami berpisah. Aku suruh mak ngan makcik-makcik aku balik dulu ke hotel. Tak jauh pun Ben Thanh ke Hotel Saigon Pink 2 baru 2 minit jer.

Aku, Moon ngan kazen, aku Ita nak sambung merayap. Kami nak ke Saigon Square.

Saigon Square

Dalam perjalanan ke Saigon Square terjumpa pulak apek jual durian. Besar bak hang durian Vietnam weiiii. Harga pun boleh tahan mahal … huhuhu…

Sempat wefie dalam kesesakan jalanraya Ho Chi Minh City. Disini majoriti penduduk menggunakan motorsikal sebagai pengangkutan utama. Memang meriah sampai pening kepala setiap kali nak melintas. Tips nak melintas jalan di Vietnam ialah biar kenderaan yang tengok kita bukan kita yang tengok dorang lalu lalang sebab sukati dornag je nak jalan mana-mana arah … huhuhu …

Saigon Square ni kebanyakkannya menjual t-shirt, blouse, beg, kasut & assesori yang lebih berkualiti dan harganya jugak agak mahal berbanding Ben Thanh. Lagipun ada aircond, so dorang memang akan mark up harga giler babi mahal giler. Korang kena pandai bargain.

Tips Shopping di Vietnam : Di Saigon Square urusan jual beli dalam matawang Dong & USD, namun ada beberapa kedai boleh guna Ringgit Malaysia macam kedai amoi dalam gambar atas ni.

Β 

Kami jumpa amoi Vietnam ni masa perjalanan nak ke Saigon Square. Amoi spa rupanya. Kazen aku beria-ia ajak aku ngan Moon pi urut sebab udah capek. Aku seram. Tapi dia konpiden je. So, janjilah ngan amoi ni jumpa balik dalam pukul 7 malam. Sekali tak sabar nak diurut, sampai salah spa kami pergi. Aku ada tunjuk rupa spa dalam IG story aku tempohari. Memang seram weii … kalau takde kazen aku … memang dah lama aku ajak Moon blah.

Lepas urut, baru kami jumpa balik ngan amoi tadi, rupanya spa dia tingkat 2, kami pi tu tingkat 1 …. wakakakakaka … sib baik bukan rumah urut semborono … hahahaha. Harga urut satu badan ialah RM25 campur tip dorang kemain … paling sikit RM10 hengget dimintaknya … tadah jelah.

Balik hotel mandi-mandi … terus pi Night Market Ben Thanh pulak … Kakak kalau jalan memang tak penat. Kalau duduk rumah yang penat … ngeeee ….

Ben Thanh Night Market ni berada diluar dan sepanjang bangunan Ben Thanh ni. Kelilingnya ialah pasar malam.

Bila malam menjelma, memang meriah sepanjang jalan Ben Thanh dan hotel Saigon Pink 2 ini atau dikenali sebagai Malaysia Street. Majoriti semua orang Malaysia yang konker. Ada gak dari Brunei, Indonesia dan Singapura yang aku jumpa tapi semua melayu hokey …. dah macam kat kampung sendiri pulak …

Anak manja babah. Asyik bekepit je. Sekali kena sergah … merajuk berejam … hehehehe …

Oh! ya … kalau laki korang temankan korang shopping di Vietnam, jangan risau, ada je kerusi-kerusi disediakan buat pembeli. Takdelah penat cik abang berdiri lama kan … nak shopping pun tenang je … hehehehe

Datang Vietnam wajib try Kopi Ais Vietnam yang menjadi kegilaan ramai.

Ada 3 orang penjual Kopi Ais Vietnam di sekitar Malaysian Street ni. Memang aku tak lepaskan peluang. Harus di cobain dong …. Tawakal je supaya tak batuk atau demam selsema …

Sebenarnya aku tercari-cari penjual kopi ais yang bernama Abang Soleh yang agak terkenal dalam blog di Malaysia ni. Tak jumpa pulak malam tu. Kita tunggu malam esok pulak.

Nigh Market ni beroperasi dari 5.30 petang hingga ke tengah malam. Sila shopping sampai lebam πŸ™‚

Tips Shopping di Vietnam : Buat kaki shopping sila menginap di hotel sekitar Malaysian Street ni. Memang dekat sangat dengan Ben Thanh Market dan Night Market. Seploh kali shopping seploh kali korang boleh terus simpan barang kat hotel. Kalau tetibo ngantok boleh tidur dulu πŸ™‚ Dekat sangat bahhh !!!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge