Travelong : Ho Chi Minh 2017 (Part 2)

5 Mei 2017 (Hari ke 2)

Aktiviti hari kedua kami ialah lawatan ke Sungai Mekong. Saja je aku pilih Sungai Mekong sebab Trip Percutian 2014 dulu aku dah pi Cu Chi Tunnel (Baca Sini). Lagipun bawak mak ngan pakcik makcik ni agak terbatas sikit memandangkan faktor usia mereka. Kesian nanti dorang penat.

Sebelum tu aku dah research dari blog-blog dan Facebook Backpackers Buddies Malaysia (BBM) pengalaman dorang ke Sungai Mekong. Dari situlah aku dapat info pakej-pakej ke Sungai Mekong. Dari situ jugaklah aku bertemu dengan Ibrahim. Akukan pemalu orangnya, so aku suruh kazen aku, Ita tanyakan kat Ibrahim pasal Pakej Lawatan ke Sungai Mekong tu. Lepas ita deal dengan Ibrahim, hari nilah sepatutnya kami bertemu.

Sebelum ramai orang lalu lalang, baik kakak bergambar kenangan dengan Hotel Saigon Pink 2 ni dulu. Kami janji dengan Ibrahim jam 8.15 pagi. Dia sampai awal. tepati janji orangnya cuma bas kami je lewat sedikit.

Hensem boy kakak dah puas berehat semalam. Jangan meragam ye harini 🙂

Sementara menunggu bas datang, kami sempat borong kiriman Bokitta Vietnam. Sementara kami di Ho Chi Minh ni, sempatlah aku ngan Moon buat Personal Shopper buat penggemar barangan Vietnam. Menggiler sapa peminat Bokitta Murah 🙂

Terpaksa jadi model Bokitta sebab tudung tak bergosok. Pakai Bokitta sarung je …

Pakej lawatan ke Sungai Mekong, Vietnam

Sebelum naik bas, Ibrahim belanjer kopi ais sorang satu. Buat bekalan dalam perjalanan ke Sungai Mekong.

Bas kami dah sampai. Bas ni kami tak syer pun dengan pelancong lain. Semua IB Clans je 🙂

Meriah satu bas kami punya …

Sebelum ke Sungai Mekong, Ibrahim bawa kami singgah kedai kain dan kedai beg.

Kami singgah di Daina’ Collection. Lebih kurang kedai Rohani Collection jugak. Ada telekong, kain sulam, kain lace, jubah dan tudung. Ibrahim bagi masa 20-30 minit untuk shopping di situ.

Kemudian kami dibawa ke kedai jualan beg. Ada macam-macam beg tapi takde yang berkenan di hati …

Depan kedai beg …

Dua budak sedang dilanda kebosanan …

Macam-macam jenis beg korang boleh borong disini. Tapi harganya aku rasa mahal sedikit dari kawasan Ben Thanh.

Tak beli apa pun, selfie jer … hahahaha …

Dalam jam 11.30 pagi kami memulakan perjalanan ke Sungai Mekong yang mengambil masa 2 jam. Perlu lalu highway, kata Ibrahim. Ok! boleh sambung tidur.

Ibrahim kata, jika orang bukan Muslim mati, kubur dorang sangat mahal. Bagi yang tidak mampu tu, tanam di tanah sawah mereka sendiri macam gambar di atas ni.

Sepanjang highway menuju ke Sungai Mekong memang kawasan sawah padi. Dalam syok-syok mentido, tetiba bunyi meletop bawah bas. AllahuAkbar. Aku fikir, bas ni langgar orang ke … pastu ada bawah bas ke? Memang terkejut giler mak ngan makcik pakcik aku. Bila bas berhenti, rupanya salah satu tayar bas pecah di tengah highway tu. Pakcik bas kata, still boleh jalan pelan-pelan. Pastu jumpa kedai tayar terus pakcik bas tu tukar tayar baru … melayang 1k … huhuhuhu …

Alhamdulillah, tayar bas pecah tak merencatkan keterujaan kami nak ke Sungai Mekong pun. Lebih kurang jam 1.30 petang kami sampai di Jeti Sungai Mekong. Segala urusan tiket dan Tourist Guide sudah diuruskan oleh Ibrahim. Tourist Guide pun dah tunggu pun di jeti.

Tourist Guide dan bot kami dah sedia menanti kami. Tourist Guide nama diapun aku lupa. Berkomunikasi dalam berbahasa Inggeris.

Naik bot jer terus Tourist Guide kami beri penerangan tentang Mekong River.

Best weiiii!!! tercapai hasrat nak jejak Sungai Mekong.

Berbalik pada Pakej Sungai Mekong dengan Ibrahim ni termasuk pengangkutan, tiket masuk, sekali makan, tour guide dan semua aktiviti di Sungai Mekong. Harga bagi Pakej Sungai Mekong tersebut berjumlah RM90.00 seorang. Jika kanak-kanak bawah 12 tahun separuh harga manakala bawah 6 tahun adalah FREE.  Korang boleh berurusan dengan Ibrahim DISINI.

Selepas mendengar penerangan dari Tourist Guide, korang akan diturunkan tempat pertama iaitu Ladang Madu Lebah.

Ladang Madu Lebah

Mesti ada yang tertanya-tanya, jauh ke perjalanan dari jeti Mekong tu?Dari jeti yang mula-mula kita naik tu nak ke Ladang Madu Lebah ni macam korang seberang sungai jer (tapi sungai besarlah). Takdelah jauh sangat. Lebih kurang 10 minit dalam bot, dah sampai ke Ladang Madu Lebah.

Mula-mula sampai, awek madu ni dah standby sarang lebah untuk korang pegang ke bergambar ke … Tapi awas! Jangan sentuh lebah-lebah dahler takut habis korang kena bermadu nanti … hehehehe …

Aku sebenarnya penggeli. Tapi aku tabahkan hati ambil peluang ni di Sungai Mekong jer … hehehehehe …

Kemudian, korang akan dijamu dengan teh campur madu dan limau. Disediakan juga kudapan kerepek pisang, halia dan biji teratai (jika tak silap). Lepas tu dorang mulalah promote barang jualan dorang. Dah dapat minum teh free dan makan free takkan nak blah camtu jekan … hehehehe

Aku terbeli lah kerepek pisang dengan halia kering je. Sepeket RM8. Beli 5 peket percuma sepeket. Kalau nak beli royal jelly sebotol RM40. Beli 5 botol percuma sebotol. Makcik aku borong 6 botol sekali. Nak awek muda katanya. Madu pulak sebotol RM30.

Dua orang bodyguard kami kat sana ….

Bergambar dengan amoi halia 🙂

Ular Sawa

Kemudian kami dibawa tengok ular sawa plak. Disebabkan geli geliman, kami amik gambar dari jauh jer.

Reban ular sawa ada je depan kami tu jer …

Bengkel Coconut Candy

Tempat ketiga Tourist Guide kami bawa ialah Coconut Candy Workshop.                                                                                      

Inilah rupa jalan di tepi Sungai Mekong. Kami jalan kaki je menuju tempat-tempat lawatan yang lain.

Seterusnya, kami masuk ke bengkel membuat gula-gula kelapa atau coconut candy.  Sepanjang Sungai Mekong ni ada banyak kedai yang sama. Contoh bengkel Coconut Candy. Ada 2-3 kat situ. Ikut tour guide kita je nak bawak yang mana satu.

Gadis-gadis Vietnam sedang membuat demo bagaimana gula-gula kelapa dibuat.

Dah siap inilah hasilnya coconut candy untuk dijual.

Pakcik makcikku sakan memborong.

Bila pulak Ibrahim ni dok intrepem hakak ni …

Sebijik amoi Vietnam 🙂

Kemudian kami ke kedai beg kulit. Berhadapan sedikit dengan Bengkel Coconut Candy tadi.

Kedai Beg Kulit Original

Pelbagai beg dijual (malangnya tak boleh ambil gambar). Tokey kedai takut orang Malaysia tiru produk dorang. Bukan cantik pun. Tak hengen nak tiru … hehehehe …

Oh! Ada jugak kazen aku sempat amik gambar … tu kulit anak buaya original tau. Kebanyakkan beg yang dijual disini dihasilkan dari kulit kuda dan kulit buaya.

Makan Buah-Buahan

Destinasi seterusnya makan buah. Sedapnya. Buah Vietnam semua fresh tau …

Ada 2-3 kedai makan buah kat sini. Tapi kami punya kedai yang hujung sekali.

Kami dihidangkan buah tembikai, jambu batu, mangga dan nenas. Tak cukup kot … maklumlah semua tengah lapar.

Sambil makan buah sambil  dihiburkan penyanyi tempatan. Siap nyanyi lagu Kalau Anda Rasa Gembira gitewww walaupun pelat 🙂

Pastu korang bagilah tips kat dorang. Penat nyanyi tu …

Pengalaman Naik Sampan di Sungai Mekong

Dan saat yang paling dinantikan. Ayuh kita mendayung sampan!

Nak naik sampan ni kena jalan ke muara sungai (yeke?). Kat situ ada satu laluan sungai kecik kecik berbanding sungai yang mula-mula kami naik bot tadi. Kat situ korang akan lihat berlambak sampan dan pendayung sampan sedang menanti korang.

Satu sampan boleh naik 5-6 orang termasuk pendayung sampan. Mak ngan pakcik makcik aku dah keseraman takut sampan tak balance. Maklumlah badan semua sado-sado … hahahaha … Mak aku sampai serik taknak gi lagi Sungai Mekong …. hahahahaha

Pandai pendayung sampan ni tolong amikkan gambar kami … Gambar dengan dia je lupa nak amik …

Pastikan tangan dan jari jemari anda berada dalam sampan sebab susur sungai ni sempit … bila berselisih dengan sampan lain takut terkapit pulak tangan korang …

Kiri kanan susur sungai ni dipenuhi dengan pokok buah yang buat ABC tu (tak silap buah kabung. yeke?). Ingatkan buah salak rupanya salah. Sepanjang susur sungai ni nanti korang akan lihat ada rumah-rumah penduduk sekitar sungai mekong tersebut. Aku dok tunggu-tunggu gak, kot-kot pendayung sampan tu tunjuk rumah yang dikatakan usang tu rumah dia. Tapi dia dok keras jek terus dayung sampan sampai kadang tu membebel sensorang dalam bahasa dia. Maybe dia kata kami ni berat kot…penat dia nak dayung … kekekeke. Ataupun dia segan ngan Ibrahim kot sebab kelentong kami. Menurut pelancong yang pernah gi Sungai Mekong ni, kebanyakkan pendayung sampan akan cakap rumah yang sama tu adalah rumah mereka. Waallahualam …

Depan tu jer dah nak sampai jeti. Dalam 10-15 minit jer naik sampan ni. Ibrahim pesan, bagilah sedekah pada pendayung seikhlasnya sebab pendapatan dorang memang bergantung dengan mendayung sampan. Aku hulur 2 keping duit merah buat 2 orang pendayung. Penat woooo dayung sampan …

Naik Kereta Kuda

Lepas turun sampan kena pulak jalan kaki dalam 2-3 minit untuk naik kereta kuda pulak. Perghhh!!! Memang mencabar sungguh lawatan ke Sungai Mekong ni … Kesian mak ngan pakcik makcikku … dahlah lapar penat pulak … bertabahlah ye …

Merasalah naik kereta kuda. Yang ni pun korang bagilah tips kat pemandu kereta kuda tu ek.

Ingatkan kereta kuda hantar kami sampai ke jeti, rupanya kami kena jalan kaki lagi dalam 2-3 minit … huhuhuhu …

Abang Kembong jumpa geng Vietnam. Next time gi Vietnam nak cari kedai motor plak. Geram je Abang Kembong tengok body kit YZ150 Vietnam ni katanya … nak tukarlah tuuu ….

Setelah 2 jam melakukan pelbagai aktiviti di Sungai Mekong, kami menaiki bot semula untuk ke jeti. Kami dihidangkan dengan air kelapa. Pergghhh!!! lega dahaga tapi perut dah berkeroncong sebab hampir pukul 4 petang kami masih belum makan tengahari … huhuhuhu …

Perjalanan ke kedai makan (lupa nama … huhuhu) mengambil masa dalam 10 minit dari jeti Sungai Mekong.

Akhirnya …

Sempat possing sebelum makan sementara menunggu semua makanan tiba. Adik pemilik kedai ini, fasih berbahasa Melayu sebab dia pernah tinggal di Malaysia. Dan dia orang Champa.
Antara lauk yang memang sedap sangat terutama Kari Kepala Ikan. Memang mantap. Terasa berada di kedai mamak pulak … huhuhu …

Boleh jamak sembahyang di kedai makan ni. Memang dorang sediakan tempat solat buat orang Muslim.

Lepas kekenyangan, kami dibawa pulang ke hotel. Sepatutnya Ibrahim nak bawa kami ke satu tempat shopping lagi. Namun, memandangkan masing-masing dah penat, kami suruh hantar ke hotel jer.

Malamnya, kami sambung menyopping di Nigh Market Ben Thanh lagi. Layan mak ngan makcik-makcik menyopping blouse kat kedai ni.

Nak balik ke hotel, jumpa juga akhirnya dengan Kopi Ais Soleh. Teruja kakak tau …

Merasa jugak kopi ais Soleh ni.

Aku dok usya-usya gak … camnelah buat kopi ais sesedap di Vietnam ni. Siap tanya resepi lagi. Ingatkan dorang guna susu cair ke sebab susu dalam kotak. Rupanya Soleh kata susu pekat manis. Kat Vietnam ada jual dalam tin dan juga kotak. Menarik ni. Aku siap cakap ngan Soleh ni dia glamer kat Malaysia. Sapa datang Vietnam mesti cari kopi ais Soleh. Dia pun terkejut macam tak percaya.

Tips Beli Kopi Ais Vietnam : Korang kena cakap kurang manis sebab kalau tak cakap memang manis kopi aisnya nanti. Dorang ni tak sayang susu agaknya.

 ➡ : Travelog Ho Chi Minh – Day 1

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge