Travelog : Ho Chi Minh (Part 4)

7.5.2017 (Hari ke 4)

Hari terakhir di Ho Chi Minh City. Cepatnya masa berlalu. Dah nak pulang ke Malaysia. Flight kami jam 9.05 malam. Memang saja amik lelambat sebab tak nak terkejar-kejar masa. Kazen aku yang sorang ni salah enter masa booking tiket. Sudahnya, dia balik awal dari kami semua.

Hari terakhir pulak berlaku tragedi menggelabah sikit. Pengalaman buruk teksi Vietnam akhirnya berlaku …

Masa aku tengah temankan kazen aku ni tunggu teksi kat lobi hotel, ada brader ni tanya kazen aku nak balik dah ek? Boleh tumpang/share teksi tak? Dorang bertiga nak ‘drob by’ kat kedai Lynda (kami tak singgahpun). Katanya kedai Lynda ni sejalan nak ke airport Ho Chi Minh. Bila tanya supervisor teksi ni pun jawab ‘can-can’ ‘same-same’. So, kami ni dok ingat maybe teksi tu boleh je ‘drob by’ kat kedai Lynda tu dengan harga yang sama. Pastu brader ni kata nak bayar sorang 20,000 dong (3 orang 60,000 dong). Bayaran teksi ke Lapangan Terbang Tan Son Nhat paling maksimum ialah 160,000 (lebih kurang RM32.00). Kazen aku pun setuju jelah kengkunun jimat sikit sebab share bayar teksi.

Tetiba kazen aku bagitau kat wasap, tambang teksi dah naik sampai 200,+++ dong lebih pulak. Dia memang dah asingkan 160,000 dong je untuk tambang teksi.

Tak lama tu, aku ngan mak pakcik makcik aku tengah lepak-lepak kat lobi hotel dengar macam suara kazen aku je tengah cakap dalam telefon dengan supervisor teksi. Pastu makcik tu dok ke hulu ke hilir keluar masuk hotel. Kejap dia cakap dengan kazen aku, kejap dia bagi receiptionist hotel cakap. Aku tak sedap hati dah sebab dok dengar makcik tu menjerit-jerit cakap ngan driver teksi ngan kazen aku.

Aku pulak rasa cuak. Selamat ke kazen aku ni … huhuhuhu … risau kemain dah ni. Rupanya kazen aku kena bayar tambang teksi sampai airport 360,000 dong (RM72). Kemain berganda pulak. Camnerlah kazen aku tak mengamok … huhuhuhu

Aku cuba slow talk dengan supervisor teksi tu … aku suruh je driver datang hotel ni balik, aku akan bayarkan tambang kazen aku tu. Nasib baik kazen aku ada duit RM, nak tak nak kazen aku kena bayar jugak tambang teksi tu. Kalau tak bayar driver teksi taknak bagi beg kazen aku. Haru!!

Sebenarnya sedikit salah faham berlaku antara kazen dan driver teksi tu. Sepatutnya, brader tadi kena bayar tambang teksi ikut meter sampai ke kedai Lynda tu. Tapi dia cuma bayar 60,000 dong untuk 3 orang. Padahal, boleh jer dia tengok meter teksi berapa dong yang patut dia bayar. Dan kazen aku pun memang terdetik nak tengok meter teksi tapi terbantut memandangkan dia duduk di bahagian belakang. Tu yang aku syak brader ni dah biasa buat taktik kotor ni kot … so dia memperbodohkan kazen aku. Kesian kazen aku kena tanggung lebihan tambang teksi pulak. Aku harap brader tu dapat balasan setimpalnya kerana mempergunakan  dan memperbodohkan orang.

Kisah ini moga jadi pengajaran buat semua. Jangan memandai nak tumpang-tumpang atau nak share teksi jika tak kenal. Kita punya nak elak kena tipu dengan orang Vietnam sekali kena tipu dengan rakyat Malaysia sendiri. Huhh!!

Bila kazen aku dah lepas dari tahanan teksi dan lepas proses imegresen Vietnam, baru aku rasa nak sambung shopping balik lepas kami semua check out jam 12 tengahari.

Beg baru buat family aku 🙂

Sebahagian beg kami …

Hotel Saigon Pink 2 ni ada menyediakan perkhimatan wrapping beg. Lebih jimat sikit berbanding wrapping di airport nanti. Wrapping di hotel ni satu beg tak kira besar kecik hanya RM10 sahaja. Terima duit Malaysia tau.

Sempat bergambar ngan kazen aku sebelum kejadian menggelabah berlaku … kekekekeke …

Moksu aku sibuk nak bergambar ngan apek baju hijau tu. Mulanya dia ingat polis, sekali aku kata tu security guard rasanya …. Kekekeke … Polis Vietnam pakai baju coklat. Jujurnya aku nak kata, baik Polis ke imegresen ke atau jaga kat sana memang tak smart langsung. Kurus keding je … huhuhuhu … harapkan muka masam mencuka jer yang menakutkan kita … kekekekeke …

Paling murah harga durian Vietnam 3 ulas RM30 hengget … matilanakkk!!

Layan Kopi Ais Vietnam buat kali terakhir. Sobs!Sobs! Dah tak terkira berapa puluh kali aku minum Kopi Ais Vietnam ni …

Melayan si penjual kacang ajar kitaorang cakap Bahasa Vietnam. Port dia memang depan hotel Pink Saigon 2 je sebab kami suka beli kot. Dari mula-mula kami datang sampai nak balik dah boleh berkawan dengan si penjual kacang tanah ni. Siap bagi kami free makan kacang tanah lagi.

Abang Kembong siap boleh interview pendapatan si penjual kacang dengan si penjual Kopi Ais lagik.

Tepat pukul 5 petang, 3 buah teksi kami sampai. Masing-masing tak sabar nak balik Malaysia … kekekeke …

Tambang teksi Vinasun kami dari Hotel Saigon Pink 2 ke airport Vietnam cuma 132,000 dong tapi ada caj tambahan untuk beg bagasi kami. Jumlah keselurahan 142,000 dong (RM28) sahaja tak sampai 160,000 dong (RM32.00) untuk 5 orang penumpang.

Budak paling boring paling suka nak balik …

Kaunter Air Asia bagi penerbangan jam 9.05 malam akan dibuka jam 6.30 petang. Bertapalah kami kat airport Vietnam tu dulu. Nasib baik dah beli siap-siap nasi goreng dan buah-buahan tadi. Boleh buat alas perut sementara nak naik flight.

Memasing berdebar tunggu nak check in beg. Takut over limit walaupun dah timbang kat hotel. Tak sampai 6.30 petang, makin ramai pulak orang beratur. Kami pun cepat-cepat pi beratur. Sempatlah berbual dengan 2 orang budak ni. Sempat bertukar-tukar cerita dan pengalaman masing-masing. Tak semua orang Malaysia peramah tau … terutama kat oversea  😀

Peringatan buat korang yang datang secara berkumpulan, pastikan semua passport lengkap bersama tuan passport sekali masa check in. Pihak kaunter ni akan tengok setiap muka penumpang sama ke tidak dalam passport.

Alhamdulillah, semua selesai dengan senang. Masih ada lebihan muatan kg untuk beg kami. Rupanya kami tak banyak memborong kali ini … hehehehe …

Sebelum tu risau kemain. Takut barang kena tahan lah … tak lepaslah. Lepas settle urusan di kaunter check in bermakna selesailah semuanya. Tunggu nak masuk ke pintu gate jer.

Semasa scan di airport, perkara paling lain macam ialah korang kena bukak kasut semasa scan badan :roll: Lepas tu boleh terus ke pintu gate korang.

Mak aku belikan topi Vietnam untuk Abah. Nak buat bertukang dan memancing katanya …

Flight malam tu delay sejam … huhuhuhu … nasib ada geng borang ngan budak berdua tadi. Sambung dengar pengalaman travel dia sambil berdebar nak hadap imegresen kat KLIA2 pulak.

Untuk pengetahuan, lapangan terbang Vietnam tiada surau disediakan. Tapi korang boleh je sembahyang kat area tempat kita menunggu tu.

Selepas lega insiden turbulence, pukul 1 pagi kami selamat mendarat di bumi Malaysia. Memang mengucap habislah kami kat atas tu. Tapi Mr Pilot relaks je buat pengumuman 🙂

Syukur sekali lagi, pihak Imegresen KLIA2 tak kacau pun. Mungkin disebabkan kelewatan pesawat dan dah pukul 1 pagi pun, dorang malas nak layan kami kot … hehehehehe …

Lengkap sudah 4 episod pengalaman Akak Kembang Bercuti ke Ho Chi Minh dengan rombongan seramai 16 orang. Syukur dengan pelbagai pengalaman yang kami alami. Moga entri ini dapat memberi info berguna buat anda semua.

➡ : Travelog Ho Chi Minh – Day 1                                                                                        ➡ : Travelog Ho Chi Minh – Day 2                                                                                      ➡ : Travelog Ho Chi Minh – Day 3   

  

2 thoughts on “Travelog : Ho Chi Minh (Part 4)”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge