Resepi Coklat Chip Sedap

Cakkkk!!!! lama tak menulis. Inilah entri pertama sepanjang puasa nie … hahahaha … otak semua jem … takde ceriter yang nak di ceriter … huhuhu …

Kurang 4 hari je lagi kita nak berpuasa kan … tak sabar nak raya. Tolong jangan hilangkan mood raya korang ye. Beraya lah selagi korang boleh beraya … huhuhu …

Sapa dah banyak buat biskut raya angkat tangan?? hehehehe … kalini aku nak ceriter tentang resepi Biskut Raya. Tahun ni aku mood ke langit tu yang rajin buat biskut raya … hehehehe …

Hasil google sana sini, jumpa satu resepi Biskut Coklat Chip a.k.a famos amous pun boleyy. Terima kasih pada Ana Suzana sebab memang sedap sangat biskut coklat chip ni …

Bahan-bahan untuk Biskut Coklat Cip :-
(1 adunan dapat 100-120 biji)

Bahan A
1 cawan gula
1 cawan gula perang
1 cawan mentega (aku guna butter)
1 biji telor
Secubit garam
1 sudu besar susu segar @ susu tepung (aku guna susu full cream)
1 sudu the esen vanilla

Bahan B
4 cawan tepung gandom (ayak) *
2 sudu besar serbuk koko (ayak) *
2 sudu besar tepung jagung (ayak) *
1 sudu kecil cream of tar tar *
1 sk soda bikarbonat *
½ cawan walnut cincang (aku tak guna)
2 cawan coklat cip
*semua bahan diayak sekali

Cara-caranya :-

  1. Panaskan oven dalam 10 minit dengan suhu 160 celsius bergantung oven memasing. Aku guna oven kecik je.
  2. Gris dulang pembakar. Aku bubuh kertas minyak je malas nak sapu butter kat dulang.
  3. Satukan bahan-bahan A dalam mangkuk besar. Mixer semua bahan tersebut sehingga sebati.
  4. Masukkan bahan-bahan B. Korang guna senduk atau spatula (aku guna tangan je lebih mudah … hehehe). Gaul perlahan-lahan. Masukkan bahan-bahan yang diayak sedikit demi sedikit diselang seli dengan coklat cip. Aku tak guna badam sebab tak suka … hehehe …
  5. Kemudian, buatlah pattern/corak yang korang suka. Aku just kepal-kepal sikit terus boh terus atas dulang.
  6. Bakar dalam 20 minit. Kalau tak berapa masak, korang lebihkan sikit masa bakar tu. Jangan sampai rentung pulak.  

Ok siap dah Biskut Coklat Chip ala-ala Famos Amos Akak Kembang. Untuk 1 adunan dapat dapat 100 -120 biji.

Selamat Mencuba 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge