Resepi Biskut Oren Sedap Sangat

Assalamualaikum … lagi 2 hari nak raya uolsss!!!

Ada yang masih bekerja ke? Ada yang dah sampai kampung ke? Akak Kembang kena paksa bercuti harini sebab ofis kena tutup … huhuhu …

Harini belanja resepi biskut raya lagi ek … sapa rajin buatlah. Sapa malas order je ngan Akak Kembang #tipujer … hehehehe

Cantik tak Biskut Oren Akak Kembang … hehehehe …

Mesti mood korang dah ke laut kan. Tak sabar nak raya kan. Harini Akak Kembang baru nak shopping. Sapa tak shopping .. meh! Akak Kembang kongsi resepi Biskut Oren Rangup.

Sumber : Blog D’Ayu

Bahan A

250 gm butter
130 gm gula kastor
1 biji kuning telur
1 sudu kecil esen vanilla
1 sudu makan pewarna oren
2 sudu makan oren sunquick (aku guna oren emulco jer)
coklat chip secukupnya sebagai hiasan

Bahan B

300 gm Tepung Gandum (diayak)
50 gm Tepung Naik Sendiri (tak guna, ganti Tepung Red Rose)
50 gm Tepung Jagung (diayak)
50 gm Tepung Kastard (diayak)

Cara-caranya :-

  1. Putar semua bahan A kecuali coklat chip.
  2. Masukkan bahan B dan gaul dengan spatula/senduk sehingga menjadi doh yang lembut.
  3. Tekap dengan acuan kesukaan korang. Hias dengan coklat chip.
  4. Panaskan oven 180 celcius selama 10 minit.
  5. Bakar sehingga masak. Siap!!

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge