Resepi Biskut Kacang

Cak!!! Minggu ni marathon entri resepi biskut raya 🙂 Tak sempat buat tahun ni buatlah raya tahun depan … hehehehe …

Kali ni Akak Kembang kongsikan resepi Biskut Kacang ataupun Biskut Mazola. Masa aku buat biskut ni siap kena perli ngan adik-adikku. Dorang suruh aku beli je kat kedai biskut … hahahaha … nanakkk!!! Nak buat jugak sendiri. Mood tengah ke langit ni …

Resepi asal aku amik dari blog Jendela Dapur Surianti.

Bahan-bahan :-

2 1/2 cawan Tepung Gandum (diayak)
1/2 cawan gula icing
2 cawan kacang tanah (goreng tanpa minyak & kisar halus)
1 cawan minyak jagung

Hiasan :-

Kuning telur
Kacang tanah (digoreng)

Cara-cara :-

  1. Goreng kacang tanah tanpa minyak. Sejukkan. Kemudian, ramas kulit kacang tanah sehingga terkopek. Kisar sehingga halus.
  2. Satukan tepung gandum, gula icing & kacang tanah. Kacau sehingga sebati.
  3. Tuang minyak jagung sedikit demi sedikit. Uli sehingga menjadi doh. Doh mestilah tidka terlalu lembik tidak terlalu keras. Tak perlu habiskan minyak jagung jika doh sudah sebati.
  4. Buatlah pattern/acuan ikut sukati korang. Aku guna acuan berbentuk kacang tanah. Hias dengan kacang tanah di atasnya.
  5. Panaskan oven 180 celcius selama 10 minit. Kemudian bakar biskut kacang selamat 20 minit. Pastikan biskut dibakar dengan sempurna. Masak dibawah dan masak diatas. Siap!