30 Minit Bersama Ustaz Don

Nama penuh beliau ialah Don Daniyal Don Biyadid. Dilahirkan di Gelugor, Pulau Pinang. Berusia 29 tahun dan telah berkahwin.

Jika dilihat dari perwatakannya, wajahnya manis dan agak serius. Tetapi bila memulakan ceramah..30 minit memang tidak mencukupi.

Beberapa minggu yang lepas, pihak pengurusan Surau Menara MARA telah menjemput Ustaz Don untuk menyemarakkan surau kami.

Dan kami staf-staf HSK wajib menghadiri ceramah tersebut. Kalau tak wajib pun kami akan mengikuti ceramah gak. Biasalah opis saya tu…semua acara wajib attend kalau tak menderhaka plak nanti. Daulat Tuanku 🙂

imageKali ni Ustaz Don tidak pakai serban. Gayanya lebih kasual. Memang tak kering gusi dengar dia berceramah. 30 minit memang tak cukup.

Dapatkan Rahsia Menjadi Anak Soleh DISINI

image

Makcik sempat bergambar sipi-sipi jek. Makcik malu sebenarnya lagipun ramai sangat nak bergambar dengan Ustaz Don ni. Makcik redha…

lepas ni nak request Ustaz Azhar Idrus plak 🙂

Jangan lupa vote saya dengan klik button G+1  dan SINI..