Crocs Ciplak

Hari Ahad lepas aku gi Pasar Seksyen 13 Shah Alam. Mula-mula ingat nak pergi berdua-duaan…tapi Balqis & Qayyum sibuk nak ikut jugak. Kalau nak ikut kena tahan panaslah…
 
Rupa-rupanya kalau dari Saujana Utama ke Shah Alam lebih kurang 10 minit jek..Ikut jalan belakang..wah!!!selalulah nampaknya aku gi Shah Alam ni.


Agak lama jugak tak jejak Pasar Seksyen 13 ni..macam-macam adaaaa….mak ngan bapak jek yang takder jual….
Encik Suami memang sukakan benda-benda unik ni..tapi tengok jek..tak beli pon 🙂

Pantang ada free show car..mesti nak try..tak beli try pun jadilah ….

Cantik tolll keta Kia sporty 2 pintu nih…Qayyum siap kata “Mama beli sekarang tau keta ni..adik nakkkk” ^_^

Nasib baik try 2 keta jek..kalau tak jenuh…..sebab apa Qayyum peace? Sebab Mama kata Yes nak beli keta Kia sporty tu…kalau kata No..harap maaflah dia nak begambor…


Tujuan aku ke Pasar Seksyen 13 adalah mencari sesuatu….


teng!teng!teng!

Hah!nampak???Disebabkan frust giler Alice aku yang dicuri tu…cari Crocs kat Ikano…dah takder stok…disebabkan nak sangat jugak Alice tu…


Nasib baik jumpa 1 gerai jual Crocs..tapi dah tak banyak pilihan. Akhirnya jumpa juga..sekali rembat sampai 2 daa….puas hati aku. Ciplak pun ciplaklah…janji aku dapat…hehehehehe…


Nak tahu berapa rege? 2 pasang = RM10 jek…murahkan???So, kalau pakai seminggu putus pun taklah rasa ralat sangat…kalau ada sesaper teringin nak curi pun..gua tak heran….Yang kaler merah tu..anak daraku yang punya..RM10…kalau tak beli nanti majuk pulak…

Disebabkan sampai umah pun dah tengahari..perut pun dah lapar..kemalasan pun melanda..kami singgah Anis Sup Utara kat SU3.

Tapikan…kenapa Ani Sup Utara kat SU ni tak sesedap Ani Sup Utara kat Medan Mara tu?
 
p/s : Jika korang ada/pernah nampak kasut Alice Crocs..sila bagitau aku ek..