Trip ke Bandung-Jakarta 2011 (Part 1)

Salam semua….

Cam yang korang tau…minggu lepas 25-28 Mac 2011, department aku buat rombongan ke Bandung-Jakarta. Apsal department? Apsal bukan opis? Sangat kontroversi! Aku tau ada kata-kata belakang yang kurang enak didengar tapi lumrah manusia. Mereka berhak berkata apa sahaja. 

Sangat baik hati Big Bos department aku yang sudi menaja segala perbelanjaan kami disana. Cuma bawak duit belanjer jer. Semoga dimurahkan rezekinya lagi. Tahun depan request kami nak ke Beijing pulak! Jom!saya cerita tentang percutian aku dan teman-teman sebelum aku menjadi lebih pemalas dan pelupa.Ahaks!

Lapangan Terbang Soekarno-Hatt, Jakarta

Kami tiba di Lapangan Terbang Soekarno-Hatt, Jakarta jam 8.00 pagi. Waktu di Indonesia awal sejam dari waktu di Malaysia. Lepas berkenalan ngan Pak Supir kami yang dikenali sebagai Pak Ikin & Pak David, kami terus bertolak menuju ke Bandung.

Tips : Ingatan buat mereka yang baru pertama kali ke sana..kalau ada orang mahu menolong kamu angkat barang…jangan sesekali relakan..kerana lepas dorang tolong angkat beg kamu..dorang akan mintak tips.

Dari Jakarta kami terus ke Bandung yang mengambil masa dalam 2 jam 1/2 ke 3 jam. 

Sebelum check in di hotel. Kami singgah ke Pasar Baru. Actually, Pasar Baru dekat jek ngan hotel kami tapi enggak bisa jalan kaki nanti capekkk….

Hampir 2 jam kami di Pasar Baru. Bila Big Bos No. 2 kata “Jom! balik hotel”. Masing-masing buat muka ketat. Proteslah kenunun. “Takpe..esok kita pegi sini lagi”sambung bos. Baru muka senyum balik. Memang kalau dah jadi jutawan sekejap ni..macam-macam nak beli. Takper…esok masih ada.. 

Hotel Aston Braga Bandung

Kami menginap di Hotel Aston Braga bertarafkan 4 bintang. Memang direkomenkan hotel ini buat sesiapa yang mahukan keselesaan dan sangat sesuai buat keluarga yang ramai. 

Lobi hotel di tingkat 1…

Kelainan Hotel Aston Braga Bandung ini, mempunyai lobi di bawah tanah. Selain itu, hotel ini mempunyai mall (ruang shopping) besebelahan je.Dan ada  panggung wayang juga….