Hingga Ke Syurga

Tak terlintas pun nak dapat surprise ni sebenarnya walaunpun dalam hati macam gedik- gedik nak jugak. Tak sangka tahun ni dapat banyak kali pulak surprise.

Abang Kembong pun dah pandai nak surprisekan Akak Kembang ­čÖé

Abang Kembong ni bukan jenis romantika de amour pun. Takat manja2 ngan aku bolehlah … tapi bab nak buat benda kreatip-kreatip memang bukan dia orangnya. So, aku pun tak expect benda-benda sweet ni dari dia. Memang aku dah redha dapat laki tak kreatip. Tak sangka pulak bila dah 38 tahun nilah dia buat surprise. Mana tak tanjat akak. Kunun- kunun pi bank kuar duit (dalam hati berkata mesti nak bg aku duit … hehehe). Rupanya balik-balik dah sepakat ngan adik badik aku termasuk mak aku nak tanjatkan aku. Dapatlah munga cinta. Selak- selak gak kot2 ada cincin berlian ke sekali Abang Kembong kata cincin lain tahun … hehehehehe

Sekali dapat surprise lagi yang memang luar jangkaan. Aku hampir terkedu. Terperanjat beruk … semua adalah. Mana tak tanjat bila dapat surprise dari bff ­čÖé

Petang tu Fita wasap aku nak singgah umah mak aku. Macam biasalah kalau Fita nak singgah umah aku … aku syak mesti dia nak bg something sebab dia ni memang pemurah. Kadang tu aku baru cakap cam┬árasa demam … tup-tup nanti dia singgah umah mak aku bagi buah tangan. Fita kalau nak gi keje mesti akan lalu depan umah mak aku. Pasal tu jugak dia selalu jadi runner untuk kami geng copy paste. Rumah mak aku ni jadi transit kalau nak kirim barang kat geng lain. Dan malam beday aku tu …. aku macam biasa tunggulah Fita datang yang aku bajet mesti nak bagi aku makanan sebab harijadi aku kan (perasaan sungguh!).

Aku tunggu sampai dekat pukul 9 malam tak datang-datang. Aku dah standby semangkuk keow teow untuk dia ngan Lily sebab kebetulan laki aku masak keow teow malam tu. Tiba-tiba ada keta masuk kawasan umah mak aku… laki aku terus panggil sebab memang dah pesan kalau Fita datang panggil aku kat dalam masa tu. Aku jenguk gak tapi laki aku kata bukan Fita. Ok! aku masuk balik….dah tu … adik aku jerit lagi nama aku … aku malas layan sebab dorang suka main-main. Bila dah berkali-kali panggil akupun keluarlah jugak. Sekali nampak dua orang datang bawak belon dan bouquet coklat. OMG! aku dah cuak tapi sempat capai tudung. Budak tu banyak kali ty ini kak lin ke … sebab aku pun banyak kali buat muka terperanjat beruk dan konpius … kekekekeke … rupanya ini keje bff aku Fita & Lily. Speechless weiiii!!!! … patutlah sebelum tu dorang tak layan aku kat wasap.

Tengkiu korang. Sayang korang ketat-ketat. Tak pernah terduga dapat surprise camni. Aku akan ingat kenangan manis ni sampai bila-bila.

Terharu sangat kakak tau …

Thanks jugak kat Mai bagi kek. Nisa bagi beg ngan gelang. Tau-tau je kakak suka kumpul beg comel. Abang Kembong bagi munga coklat. Sayang awak makin ketat ­čÖé Dan thanks pada bff Lily & Fita yg berjaya buat hati aku rapuh. Tanjat beruk hokay!

Semalam… dapat roti sosej dari Kak Wanie. Dapat pulak kek dari adik chambering yang baru, Efa. Kenyang aku seharian.

Tetiba dapat pulak bingkisan. Tengok tulisan memang aku kenal sangat. Rindu ko sangat-sangat Tini. Walaupun dok satu daerah tapi macam-macam pulau dan laut kita kena redah untuk jumpa kan ? InsyaAllah … one day pasti kita akan bertemu. Tengkiu beb … muah ko ketat-ketat ?

Alaaaa… korang mesti dapat berkoyan-koyan hadiah kan? Takat aku yang baru dapat 4-5 bungkus dah kepochi cam aci kan. Aku sukalah weiii!! Tu pasal aku kepoh dalam blog aku ni.┬áTouching lebih pulak┬áaku kan? Biasalah umur dah meningkat … hati makin tipis.

Sekali lagi aku ucapkan jutaan terima kasih pada yang sudi wish … sudi doakan aku … sudi belanje aku … sudi beri aku secebis bahagia terutama buat family aku. Semoga kasih sayang kita akan bertemu di syurga idaman kita nanti. Sayang korang hingga ke syurga …