Kisah Petang Raya

Salam semua blogger…
Dah seminggu tak post apa pun cerita blog comey ni Al-maklumlah, sibuk ngan kerja opis, kerja umah, buat kuih, buat kek…sampai terlupakan si dia ni. Esok dah nak rayer..alhamdulillah “Program Bakar-Bakar Lemang” kami sekeluarga siap sudah akhirnya..Rendang dah masak..ketupatpun dah settle..tu..mak kat dapur sedang sibuk buat kuah lodeh. 
Pertama kali kami buat Projek Bakar Lemang secara besar-besaran ni. Seronok rasanya bila berkumpul ramai-ramai sambil gotong royong.
Orang kuat Projek Bakar Lemang sedang menunjukkan cara-cara membuat lemang
Sementara mengisi isi lemang, ketupat dah ready untuk dimakan 🙂
Aik…kenapa 2 batang je lemangnya…hahahaha…saja test power dulu…
haaa…kan dah berderet-deret tu…..tak sabar nak tengok hasilnya… 
Alhamdulillah. Menjadi jugak Projek Bakar Lemang Wak Tusan 🙂 Tahun depan boleh buat niaga ni. Nak tengok isi dalamannyer??Tunggu esoklah…rayer baru blh potong..hihihi…
 
Di kesempatan ini saya mengucapkan Selamat Hari Raya Adilfitri 2010 buat semua rakan blogger. Walaupun perkenalan kita hanya di alam maya sahaja…biarkan hubungan itu kekal selamanya. Insyaallah jika ada kesempatan satu hari nanti semoga kita akan bertemu. Saya juga memohon jika ada salah silap saya pada entry2 saya selama ini. Sesungguhnya kita hanya manusia biasa yang tidak sempurna.
 
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI…