Bercuti di Melaka 2011 (Part 1)

Ini hutang entry namanya..masih ingat 5 Mac lepas….

 

Kali terakhir ke Melaka, masa Qayyum berumur 3 bulan. Maknanya sudah lebih 7 tahun, baru aku menjejak kaki semula ke bandar Hang Tuah ini 🙂
 
Kami bertolak dari Sg Buloh lebih kurang pukul 12 tengahari. Tiada sebarang perancangan rapi pun. Main redah dan redho je 🙂 Akupun sebenarnya malas nak jalan-jalan sebab kesian dengan keadaan terbatas Qayyum. Kaki masih bersimen lagi…tapis semangat dia sangat kuat. Dia jugak yang beria-ia nak ke Melaka.
Bila main redah ni, faham-faham jelah nak cari hotel kan…Hotel Mahkota ‘Full House’..Hotel2 yang berdekatan Mahkota Parade juga ‘Full House’..Holiday Inn pulak ‘so expensive’. Akhirnya, jumpa satu hotel bajet, Hotel City Park. Not bad condition. 1 malam RM110 jek..murahkan…memang berbaloi… Lepas check in..usai mandi, makan, rehat..kami keluar merayau. 
 
Kami mulakan roud tours ke Melaka dengan Muzium Samudera.
Apalah yang melangok tu 3 beranak ni??
Lepas penat-penat berposing kat depan Muzium Samudera tu..kami beralih ke Menara Taming Sari plak..jalan kaki jek..
Kami lepak sambil tengok Qayyum, Danish & Danial main kereta control kat bawah  Menara Taming Sari  Aku memutuskan takmo naik Menara Taming Sarisebab aku penakut.  Sila jangan gelak ek..Cukuplah Menara KL jek..Adik-adikku + Balqis excited nak naik…Balqis memang sukapun..
Disebabkan keseronokan melampau naik kereta control nlah..sampai Qayyum suruh Babah beli plak..adohyaiiii!!!! 
 
Lepas puas di  kami pulang ke hotel…pasal malam ni mau naik Melaka River Cruise.
p/s : malangnya gambar kat Menara Taming Sari dah hilang dari pandangan google 🙁