Percutian ke Jakarta & Bandung 2010 (Part 8)

Hari Keenam (19.1.2010) Jakarta/Malaysia

Sekejap je rasanya berada 6 hari disini. Tak sabar nak pulang rasanya. Rindu nasi lemak…rindu roti canai…

Flight kami petang. Ada masa untuk berlibur lagi. Pak Tatang bawa kami meronda sekitar bandar Jakarta. Kalau korang nak tahu, Jakarta ni lebih kurang Kuala Lumpur jek. Sana sini macet. Pak Tatang bawa kami ke mercu tanda Indonesia, Monas. Jangan main-main, ada emas tau kat atas tu….

Kalau nak amik gambar macamni…bersepah jurufoto standby….

Kemudian kami dibawa singgah ke Masjid Istiqlal di Jakarta.

Kemain sihat pulak adik aku ni bila nak balik Malaysia …

Bergaya ngan beg baru …

Terasa sedih pulak ingin meninggalkan Pak Tatang yang budiman. Segala kenangan manis akan tersemat sampai bila-bila. Kami sedekahkan semua lebihan duit rupiah pada Pak Tatang….buat belanja…suka dia. Harap-harap ada rezeki berjumpalah lagi kita.

Sedikit Tips Jika Mahu Berlibur di Bandung dan Jakarta :-

– Sila abaikan pengamen di sana kerana jika seorang korang bagi…maka makin menderu-deru pengamen yang lain datang nanti.

– Jika mahu beli barang, jangan sesekali kita tidak jadi beli jika sudah ditawar banyak kali. Dorang ni ada hati & perasaan. Dah tawar-tawar tak mahu beli…mahu meroyan dorang. Beli & Tawar jika betul-betul nak beli.

– Tidak perlu bawa banyak baju jika ke sana. Beli je disana. Murah dan jimat ruang.

– Jangan tukar duit rupiah di sana. Mahal. Tidak berbaloi. Lebih baik tukar di Malaysia je.