Percutian ke Jakarta & Bandung 2010 (Part 6)

Hari Keempat (17.1.2014)

Bandung/Jakarta

Sekejap je dah 4 hari kami berlibur di Bandung. Masanya nak ke Jakarta pulak. Sebelum pulang ke Jakarta, Pak Tatang bawa kami ke Pasar Pagi di Bandung. Katanya, barangannya lebih murah dari Pasar Baru.

Memang besarpun Pasar Pagi Bandung ni. Tapi kami berjaya terokai kesemua kawasan. Macam-macam ada dijual disini. Sama di Pasar Baru.

Kreatif betul dorang ni. Siap warnakan anak-anak ayam ni supaya orang lebih tertarik. Bukan takat ayam je…macam-macam binatang comel ada termasuk anak penyu. 

Siput babi pun dorang siap corakkan …

Makanan pun macam-macam ada ..

Nampak kereta kuda macam best je ..

Abah pun ajak naik kereta kuda. Penat nak jalan ke van katanya. Pakcik kuda tu bawak kami pusing-pusing. Pestime naik kereta kuda ni…hehehehe….sekali pusing cuma rp30,000 (RM10). Murahkan? 

Sebelum meneruskan perjalanan ke Jakarta, aku suruh Pak Tatang singgah Pasar Baru buat kali ketiganya…hehehehehe…aku sempat tibai kain lace, kain sulam dan telekong budak-budak. Buat bekalan 1-2 tahun punya hari raya…hehehehe…

Dari satu beg bertambah ke tiga beg. Biasalah…simpan setahun duit untuk shopping kat sana….kemudian kami meneruskan perjalanan ke bandar Jakarta. Pergi hujan…balik pun hujan……

Dalam perjalanan ke Jakarta, Pak Tatang bawa kami ke Puncak. Puncak ni tempat peranginan. Lebih kurang Genting Highlandslah…hehehehehe…Memang sejuk dan kabus tebal sangat. Mungkin baru lepas hujan. Selain suasana sejuk dan nyaman, di Puncak juga terdapat sebuah Masjid Air. Tapi kami tak singgah sebab dah petang dan hujan masih lebat.

Puncak

Memang sejuk sangat. Macam kat London plak … kekekeke …

Mak ngan Adik Moon tak turun sebab tahan sejuk katanya …

Tengok belakang kami tu….memang kabus tebal….

Sejuk-sejuk ni…pekena jagung bakar atau ubi bakar memang lumayan sekali. Lagi sedap tauhu bakar…siap ada cili padi lagi….perghhhh!!!!

Qayyum makan jagung tak pandang kiri kanan dah…

lagi pepeling macam kat  Londong…hahahahha….

Lewat petang kami mula turun dari Puncak. Apa yang menarik, sepanjang jalan turun dari Puncak ni, korang akan nampak deretan pengamen-pengamen duduk di tepi jalan sambil mohon sedekah. Kalau macam ni, korang boleh bagi sedekah dari dalam van je. Dorang takkan kejar korang 🙂 

Kedatangan kami ke Jakarta juga disambut hujan yang lebat. Sebenarnya, kami main redah jek. Tak booking pun mana-mana hotel. Pandai-pandai Pak Tatanglah carikan hotel sederhana buat kami 12 orang tu. Pak Tatang bawa kami ke Hotel Aphine, 3 Bintang. Tapi harga boleh tahanlah jugak. Semalam jek dah Rp1 juta (RM372) untuk deluxe room. 1 bilik boleh muat 4 orang jek. Mana cukup untuk kami 12 orang tu. Entah apa laki aku gebang kat cewek hotel tu…1 bilik lagi kami tidur berenam. Nasib baik katilnya besar bangat dan selesa sangat. Lagi haripun dah nak malam dan hujan lebat..janji dapat merehatkan diri.

Yang adik aku Moon tu pulak makin parah pulak demamnya. Dah makan ubat still tak kebah-kebah. Bila adik sepupu aku bagitau badan adik Moon makin panas dan kencing dah keluar darah pulak. Memang kelam kabutlah kami. Paling risau..mak akulah. Yelah…negara orang pulak tu. Nak pegi klinik ke? Hospital kat mana plak?

Pengalaman Masuk Hospital di Luar Negara

Ok. Relaks. Moral of the story, kalau nak gi oversea kena research Cara Hadapi Kesukaran Di Negara Orang tau. Nasib baik dengan bantuan pihak hotel dan Pak Tatang, kami dibawa ke ruma sakit. Aku rasa, di Indonesia, tiada klinik kot…semuanya hospital je. Hospital pulak dah macam ala-ala Hospital Ampang Puteri plak. Maksud aku hospital swasta…ala…macam yang korang tengok dalam sinetron Indonesia tu….bila orang susah memang payah nak pergi hospital sebab tak mampu. Itulah realitinya disana. Memang servis hospital di sana mahal sekali. Caj konsultan rp450,000. Caj ubat-ubatan rp450,000. 2 benda je dah dekat RM300 lebih. Kalau kat Malaysia, taraf hospital swasta je. Habis duit shopping…huhuhuhu….Itupun doktor di sana suruh adik Moon masuk wad lagi. Kalau masuk wad…alamatnya…terus duduk Indon dia…hehehehehe….

Apa yang patut korang tahu di Bandung :

Jangan beli tshirt yang ada tulisan Bandung tu di kaki lima atau ditepi jalan kerana memang harganya murah sedikit tapi kualitinya tak bagus. Lebih baik beli di dalam Pasar Baru. Lebih berkualiti dan harga berpatutan.