Kenduri Berendoi Delisha

2 minggu lepas, bespren aku, Ijue buat kenduri cukur jambul anak ketiganya, Delisha (nama penuh lupa). Aktif lagi member aku ni dok buat produk … hehehehe … aku try gak tapi tak menjadi-jadi … huhuhu …

Punyalah lama menghitung hari … tak sabar nak jumpa bff 🙂 nasib baik tuan rumah sudi menjemput kami.

Kenduri kat Kuang. Takat Paya Jaras ngan Kuang 10 minit jer …. hehehehe …

Antara bespren yang datang kenduri Ijue dan Abang JJ … tak banyak pun amik gambor sebab leka berborak … Gambar Delisha pun tak sempat amik gak …

Dapat jugaklah amik gambar dengan tuan rumah, Ijue & Abg JJ (baju pink) sampai aku tertinggal anak buah aku, Zara … kekekeke … dah melalak budak tu dibuatnya …

Pastu kebetulan, budak-budak Gading batch 79 nak buat reunion kali 2. Dorang nak riki-riki tempat nak buat majlis. Akupun join sekalilah menyibok … hehehe ..

Mula-mula kami riki-riki De’ Fini Cottage kat Kuang. Tempat menarik tapi agak sempit kalau nak buat perjumpaan lebih 100 orang.

Aku amik gambar kat bot je. Yang lain lupa … Menarik jugak. Ada homestay, kolam, tempat meeting dan tempat bbq.

Pastu kami singgah riki-riki ke Villa Dato Aliff Syukri pulak. Dulu tempat ni ada kedai makan. Pastu tau-tau je Dato Aliff Syukri dah beli.

Yang bertiga je AJK … yang berdua tu menyibok je lebih (aku ngan Isma … hehehehe)

Memang cantik Villa Terlajak Laris Dato Syukri ni … kat bahagian belakang ada pool kawwww!!!!

Tengok Dato Kembong dok relaks … kekeke …

Ada pangkin ke apa namanya ni … sesuai kalau korang nak buat family day ke saja-saja bercuti ke …

Jemputlah datang ke Villa Terlajak Syukri. Kalau jumpa hakak berdua tu mesti dapat diskaun … (tipu hokey)

Majlis Reunion Gading 79 bulan 5 … sedih tak dapat join. Aku harap majlis akan sukses.

Sekian.

bekas AJK reunion 🙂