Kisah Suka Duka 2010

Pejam celik..pejam celik..dah nak tahun 2011. Begitu sekejap putaran roda dunia.
Sepanjang tahun 2010 menyelitkan suka duka dalam kehidupan seorang wanita bernama Alin Marlini. Semuanya atas kurnia Allah s.w.t. Apa yang diidamkannya rata-rata semua disempurnakan. Mari kita lihat kisah suka dan duka wanita ini.
Kisah Suka
~ Rumah Idaman. Rumah yang diimpikan untuk membina kehidupan bersama Encik Suami dan 2 orang anak, Balqis & Qayyum. Sangat bahagia dan bersyukur.

~ TV LCD. Tak lengkap rumah tanpa TV kan. Memang TV LCD salah satu impian wanita itu. Sangat teruja.
~ Laptop @ Komputer Riba. Untuk kesenangan diri dan keluarga. Senang mengupdate blog. Sangat gembira.
~ Melancong. Walaupun hanya ke seberang, ia cukup memadai dapat naik kapal terbang. Sangat jakun.
~ Perniagaan kapkek & kek secara kecil-kecilan. Sangat bangga.
 
Kisah Duka
~ Kasut kesayangan aku , Alice. Sangat sedih dan terkilan sangat sebab kasut tu dibeli oleh bos kat Crocs London. Kat Malaysia dah takder stok. Sangat sebak.
~ Kemalangan kecil. Habis lututnya bengkak. Sangat bengang.
~ Anaknya Qayyum mengalami kemalangan yang agak serius melibatkan kaki. masih dalam proses pemulihan. Tidak tahu apa akhirnya nanti. Cuma iringan doa agar dipulihkan sepenuhnya. Sangat terharu dan sedih.
Semua itu adalah takdir dan dugaan dari Allah s.w.t. Kita hanya merancang hanya Allah yang menentukan segalanya. Sesungguh hanya perlu Redha dan sentiasa berdoa agar yang terbaik menanti kita di sana.
2010 meninggalkan seribu kenangan yang sukar dilupakan bagi wanita itu. Bagi dia, sukar untuk melupakan segalanya sampai bila-bila.

2011 yang bakal menjelma..berilah sinar kebahagiaan buat wanita itu. Jangan biarkan dia berduka lagi. Semoga dirahmati hidupnya kelak. Amin. 
 
Alin Marlini : Selamat Tinggal 2010. 2011 biarkan aku lalui penuh keberkatan.