Travelog : Melaka Lagi – Muzium Samudera

Hari ketiga dan terakhir kami di bumi Melaka โ€ฆ

Sekejap je dah 3 hari disini. Tak puas sebenarnya. Tapi nak buat macamana … kondisi Abang Kembong tak mengizinkan kami teroka bumi Melaka. Mungkin lain kali.

Kat The Straits Hotel & Suites Melaka ni baru including breakfast. Tapi untuk berdua jelah. Aku suruh Qayyum & Abbas je yang pegi tapi kesian plak tak berteman. So, top up breakfast untuk kanak-kanak di Kafe Amalaka ialah RM14.00.

Muka budak takde mood. Nak demam pulak katanya …

Kafe Amalaka ni nampak cozy. Cantik dan selesa. Makanan biasa-biasa je tapi banyak variasi.

Sementara Qayyum dan Abbas sambung berendam kat kolam, budak berdua ni mandi dalam bathtub jer …

Jam 12 tengahari, kami check out. Akak Kembang suka nginap di The Straits Hotel & Suites Melaka ni. Best dan selesa sangat. Memang direkomenkan buat yang ramai keluarga tu.

Bergambar kenangan dulu. Kesian tengok muka Abang Kembong menahan sakit … hehehehe ….

Janganlah cepat membesar sangat anak …

Anak-anak bujang Mama …

One Happy Family ๐Ÿ™‚ (tumpang anak orang … hehehe)

Lepas check out, kami singgah ke tempat jualan ole-ole di ย Medan Samudera, Melaka. Berhadapan Kapal Samudera Melaka tu …

Banyak ole-ole boleh dibeli disini tapi harga sudah banyak mahal … huhuhu …

Dah tak jumpa belacan singgit. Semua dah naik harga …
Kalau nak cari wajik sedap di Melaka … cari Wajik Pulut Asli Mama. Memang Akak Kembang rekomen. Sedappp!!!

Tempat patut dikujungi jika ke Melaka ialah Muzium Samudera atau Muzium Kapal. Nipun tujuan utama Qayyum nak sangat ke Melaka ni.

Dah alang-alang jejak bumi Melaka, haruslah singgah ke Muzium Melaka kan. Aku suruh budak-budak ni je masuk. Aku teman Abang Kembong kat luar.

Sempat beli baju sama kat Dahtaran Pahlawan malam sebelum tu semata nak pakai balik sesamer ๐Ÿ™‚ย 

Kemain possinglah depa ni …

hensemnya …

Anak dara kenit tu masam sebab tak dapat masuk satu tempat yang kena bukak kasut. Kakak ngan abang-abang malas nak layan … hehehe …

Nasib kakak Balqis ada bodyguard …

Abang Kembong ngan Akak Kembang pun tak ketinggalan nak selpie gak … hehehehe …

Harga Tiket Masuk ke Muzium Samudera Melaka ialah :-
Dewasa : RM5

Kanak-kanak : RM3 (bawah 12 tahun)

Bawah 6 tahun : Percuma

Maka, berakhirlah cerita percutian Akak Kembang ke Melaka. Tak jemu sebenarnya ke Melaka ni. Ada banyak tempat lagi tak dapat jejak. InsyaAllah, panjang umur di lain masa pulak.

Balik cuti Melaka, kena kumpul tabungan cuti kembali. Kalau tak buat camtu, memang tak merasalah berjalan-jalan hiburkan hati sendiri dan anak-anak kan. Kena tekad nak buat tabung jalan ni. Hati kena kental. hahahaha …

Ok bai ๐Ÿ™‚